Datuk Siti Nurhaliza nampaknya dipilih untuk menjadi penghias kulit depan majalah berprestij, Malaysia Tatler kali ini.

Menurut Tokti, foto yang dimuat naik menerusi laman instagram miliknya itu antara yang dimuatkan dalam majalah edisi Januari 2020. 

 

Tokti turut berkongsi kisah kejayaan beliau menerusi jenama SimplySiti  yang turut meraikan ulangtahunnya yang ke-10 tahun ini.
 
 
 
Wah! Ini satu permulaan yang baik di tahun 2020 buat penyanyi nombor satu negara kita ni kan?