Walaupun sering memuat naik foto bersama, Janna Nick dan pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann terdahulu menafikan mereka bercinta dan memberitahu mereka sekadar berkawan rapat sahaja setelah bekerjasama dalam drama ‘Bukan Cinta Aku’ yang disiarkan di TV3. 

 
 
 
View this post on Instagram

DILARANG AMBIK 🚫 • • #DINIJANNA

A post shared by Dini Azan Schatzmann (@dinischatzmann) on

Namun, menurut laporan sebuah portal Janna Nick akhirnya mengaku sedang dilamun cinta dengan Dini Schatzmann dan hubungan mereka mulai serius sejak Jun lalu. 

“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.

“Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni. 

Janna hanya meminta peminat-peminat mendoakan yang baik-baik sahaja mengenai hubungan yang terjalin di antara mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

DILARANG CURI🚫 • • #DINIJANNA

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini.

“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia.  Kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini.  Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” kata Janna kepada Harian Metro.

Memang sama cantik, sama padan, lihat sajalah foto-foto dan aksi mereka tatkala bersama. So cute! Mereka juga mempunyai laman YouTube yang dikongsi berdua iaitu #DiniJanna. 

Sumber Foto: Instgram @jannanick & @dinischatzmann