Hiburan By: Salma Syahbuddin August 15, 2019 @ 9:00am

Dilabel Hot Mama! Stacy Akui Bukan Senang Nak Kurus

Selepas terpilih menjadi juri bagi program Mentor Milenia yang akan bersiaran pada 6 Oktober nanti, Stacy Anam sering menjadi perhatian lensa kamera apabila beliau kelihatan semakin langsing dan tampak begitu selesa sekali dengan penampilannya.

Isteri kepada penyanyi dan komposer lagu, Akim Ahmad ini berkata, bukanlah mudah untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang diidamkan. Kerana, bagi Stacy masa 2 tahun itu bukanlah jangka masa yang singkat.

“Saya berkorban untuk menyekat selera makan, pada masa yang sama bersenam di gimnasium untuk dapatkan kembali stamina supaya tidak mengah bila menari mahupun menyanyi. Dan semua itu memerlukan masa dua tahun serta komitmen yang tinggi” Katanya.

Sumber : Instagram @stacyanam

Bagi Stacy, beliau mahu kekal dalam bentuk badan yang ideal bukan kerana terikut dengan trend, tetapi ini adalah cara untuk mengekalkan stamina beliau ketika berada diatas pentas.

“Apabila badan ringan, saya rasa lebih selesa melontarkan vokal terutamanya ketika menyanyikan lagu yang bernot tinggi” Jelasnya.

Walaupun digelar sebagai hot mama, namun  ada segelintir pihak yang kurang senang dengan penampilannya kini. 

” Mereka berpendapat saya lebih sesuai berisi kerana susuk tubuh yang kurus menyebabkan wajah saya nampak sedikit berusia. Tapi tidak pernah sedikitpun berkecil hati sebaliknya memandang positif pendapat mereka.” Tambahnya.

Apapun, Xtra ucapkan selamat maju jaya buat Stacy kerana turut bersaing bersama suaminya, Akim. Disamping, Black, Hazama dan Erni Zakri dalam mencari penyanyi berbakat menerusi program  Mentor Milenia musim ketiga ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Aug 2022

Berdebar Berjumpa Semula Dengan Iqbal, DSV Kekal Profesional

DSV tidak mengetahui bakal digandingkan bersama Iqbal Zulkefli di dalam sebuah filem.

Featured Sun, 26 Mar 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022

“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

Wahhhhh! She dah kahwin! Selamat pengantin baru Najwa & Akwa ❤️❤️

Hiburan Thu, 26 May 2022
Events Wed, 10 Apr 2019

Nur’s Capabilities and Success Shows by Taking Home Six Awards at DFKL 2019!

A good quality drama deserves this kind of recognition, congratulations!