Hiburan By: SGMS Faida January 20, 2020 @ 7:40pm

Diserang Penyakit Autoimun, Sikap Ashanty Mula Berubah?

Selepas dilaporkan menghidap penyakit Autoimun pada tahun lalu, penyanyi Ashanty sering dimasukkan ke hospital.

Pada November lalu, tubuhnya dipenuhi benjolan merah akibat daripada penyakitnya itu.

Sehubungan itu, isteri kepada komposer Anang Hermansyah ini dilaporkan mula berubah selepas mengetahui diserang Autoimun

“Bukan soal percaya atau tidak percaya, tetapi apa pun yang baik aku ambil. Seperti meningkatkan amal ibadah, solat dan ada beberapa perkara yang harus aku ikut.

“Aku fokus ke ibadah saja. Aku percaya ada hal begitu, ya ‘pagar’ aku berserah diri ke Allah,” ujar Ashanty kepada Kompas.com. 

Wanita berusia 35 tahun ini sedar mungkin ada kekurangan dari segi sikap dan tingkah lakunya namun mahu berubah perlahan-lahan.

“Mahu jadi orang baik kerana aku masih banyak kekurangan dan kesalahan. Kita manusia dalam pertuturan mungkin ada yang salah,” katanya. 

Terdahulu, Ashanty juga pernah menderita penyakit meningitis pada tahun 2013.

Tambahnya, dia turut mengambil makanan tambahan seperti suplemen kesihatan untuk menambahbaik keadaan tubuh. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Mar 2019
Hiburan Mon, 2 Jul 2018

《经典名曲歌唱大赛2018》38强出炉!三支导师队伍领梦想旅途

「经典再现,梦想崛起」《经典名曲歌唱大赛2018》38强正式出炉!今年迎来全新的国际赛赛制,成功过关斩将的 “经典梦想帮”将代表大马,跻身国际赛与来自海外的歌唱好手一较高下,争夺国际级的冠军荣耀!

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

‘Berjanggut’ tunggu Zul Ariffin!

Penggarambaran untuk filem berkenaan dijangka bermula hujung April namun sementara itu Zul Ariffin juga akan terlibat dalam sebuah lagi filem bergenre seram di bawah Skop Productions arahan Syafiq Yusuf.

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Gandingan Mantap Neelofa Dan Tommy Hilfiger

Orang cantik pakai apa pun lawa…

Hiburan Mon, 23 May 2022

Penangan Karakter Perampas, Wafariena Terima Ugutan Santau Kerana Watak Nurul Ain

Wafariena yang melakonkan watak Nurul Ain terima ugutan santau oleh peminat yang taksub dengan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku Musim ke-3.

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Siti Sarah Masuk Hospital Selepas Shuib Undur Diri Dari Sinar FM

Siti Sarah Raisuddin yang dikejarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah rendah turut mencuri tumpuan para peminat pelawak popular tersebut.