Hiburan By: SGMS Faida April 13, 2018 @ 10:18am

‘Doa Buat Kekasih’ Rai Ulang Tahun ke 30 Dengan Konsert Jelajah

Bagi meraikan sambutan ulang tahun tiga dekad lagu duet yang dibawa oleh pasangan penyanyi Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim, Konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour akan menemui anda tidak lama lagi. Yeah, tak sabar rasanya!

Suara emas dua penghibur tersohor ini akan berkumandang di Pusat Konvensyen Persada Johor pada 7 September nanti!

Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim ketika ditemui di sidang akhbar di Istana Budaya memberitahu idea untuk mengadakan konsert ulang tahun ini tercetus pada tahun lalu.

“ Sebuah konsert lagenda sempena 30 tahun usia kerjasama kami, inilah dia konsertnya,” kata Ramli Sarip.

Bermula September ini, konsert ini akan turut menemui peminat di Istana Budaya pada 6 Oktober seterusnya di Dewan Konsert Esplanade, Singapura pada 17 Oktober.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya yang hadir sama pada sidang akhbar Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, sidang akhbar bagi konsert ini merupakan pembuka gelanggang Istana Budaya yang ditutup selama lapan bulan bagi menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian.

“ Datuk Ramli Sarip pernah mengadakan konsert solo beliau 13 tahun lalu. Saya pasti konsert mereka kali ini ditunggu-tunggu oleh semua,” katanya.

Selain tiga lokasi yang telah disebutkan, pe,beberapa siri showcase akan diadakan di Kuantan, Kuala Terengganu, Melaka, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu.

Tiket-tiket Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 di Istana Budaya mula dijual pada harga RM400, RM350, RM200, RM150 dan RM100 boleh dibeli atau ditempah dengan melayari www.ilassotickets.com.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Aiman Tino Tawar Wang Tunai Kepada Pencuri?

Siapa sangka makan malam santai bertukar menjadi tragedi?

Featured Tue, 12 Mar 2024
Featured Sun, 21 Nov 2021

Mekanik Maut Dihempap Kereta Semasa Buat Kerja Pembaikan

Mekanik maut selepas dihempap kereta di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, pada Sabtu. Menurut laman Berita Harian, mangsa, 31, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian. Jurucakap Pusat […]

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Mon, 25 Nov 2019