Hiburan By: SGMS Faida September 24, 2019 @ 4:08pm

Doakan Abby Abadi…

Pelakon Abby Abadi yang hamil kini ditahan di hospital.

Hal ini dimaklumkan oleh bekas suaminya, pelakon Norman Hakim menerusi sebuah entri di Instagram.

Menurut Norman, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dilaporkan berdepan dengan masalah kesihatan, darah tinggi. 

“Syafakillah Mama @abby_abadi112  Mohon sama-sama doakan Mama dipermudahkan utk kesembuhan terutama dari darah tingginya demi keselamatan diri & baby dalam kandungan ye.

“Inshaa Allah malam ni akan diusahakan sekali doa selamat beserta solat hajat untuk kesembuhan Mama Aamiin Ya Rabb,” ujarnya. 

Sebilangan besar pengikut drama Gerak Khas itu mendoakan agar Abby dan bayi dalam kandungan dikurnia kesembuhan segera. 

Terdahulu, Norman dan Abby pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 namun bercerai pada 18 Disember 2008. 

Abby kini bergelar isteri kepada Muhammad Faizal Zakari selepas bernikah pada 14 Ogos 2015. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 May 2019

Kalau Jadi BBNU, Siti Nurhaliza Pilih Naim Daniel!

Wow, mesti happy habis kan Naim. Terbaiklah!

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Fairuz Sekadar Kawan, Wany Hasrita Minat Lelaki Sawo Matang

Wany memohon agar netizen tidak terus mensensasikan gossip  tersebut sehingga memberi impak tidak baik kepada ibunya.

Featured Thu, 18 May 2023
#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023