Hiburan By: SGMS Faida August 19, 2018 @ 3:59pm

Doakan Anak Hunny Madu Sembuh…

Hati ibu mana yang tak tersentuh melihat anaknya bertarung dengan kesakitan. Begitu juga bagi pengacara Hunny Madu yang berkongsi masalah kesihatan anaknya, Adam Musa baru-baru ini.

Adam dilaporkan mengalami masalah jantung dan baru saja menjalani prosedur dikenali sebagai PDA Stent buat kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN), bulan lalu.

“ Selepas prosedur selesai, baru saya bersedia untuk berkongsi perkara ini.

“ Bukan berniat merahsiakannya, saya belum ada kekuatan sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

Menurut Hunny, doktor mengesahkan Adam menghidap penyakit jantung kompleks dipanggil Double Inlet Left Ventricle pada hari kedua kelahirannya.

“Dalam keadaan masih lemah selepas melahirkan, sudah tentu berita berkenaan membuatkan emosi saya bercelaru. Adam dipindahkan ke sebuah hospital lain untuk pemeriksaan sebelum kesnya dirujuk ke IJN.

“ Sebelum ini, saya hanya berkongsi dengan keluarga dan beberapa rakan rapat. Namun saya rasa seperti tidak bersikap jujur kerana seakan-akan menyembunyikan satu rahsia besar,” katanya.

Jelas Hunny, bukan dirinya berasa malu, jauh sekali menyalahkan takdir, tetapi pada waktu itu dirinya tidak cukup kuat.

“Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan ramai, saya kembali tabah selepas melihat semangat si kecil ini,” katanya.

Adam Musa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu ialah cahaya mata kedua pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim itu dengan Khairul Azhar Abdul Wahid.

Hunny memiliki seorang lagi anak perempuan bernama Eva Medina, yang kini mencecah usia enam tahun.

Kami doakan agar Adam kembali pulih dan mendapat kekuatan seterusnya membesar seperti kanak-kanak lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Redha Tapi Rindu…Ali Puteh Tidak Mahu Anak Menderita

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…

Events Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]

Featured Tue, 4 Oct 2022

Dipakaikan Pendakap Leher, Lesti Kejora Alami Tulang Bergeser Akibat Dipukul

Allahuakbar 😥 Semoga Lesti cepat sembuh & mendapatkan keadilan sewajarnya 💪

Selebriti Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Thu, 1 Mar 2018

Kami Mohon Maaf – Naelofar Hijab

Syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.