Hiburan By: Del14 November 18, 2019 @ 9:28pm

‘Drama’ Lagu Terbaik Minggu Pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir!

Minggu pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM 34) telah pun berlangsung Jumaat lepas, di mana lagu ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib dan Ammar Habib yang berjudul ‘Drama’ dinobat sebagai lagu terbaik bagi minggu pertama. 

Namun, ini tidak bermakna lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini sudah layak untuk bersaing di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) nanti kerana hanya pada minggu terakhir SFMM 34, 12 lagu yang berjaya mara ke AJL 34 akan diumumkan. 

Walau bagaimanapun Aepul Roza selaku penyanyi utama kumpulan Drama Band berkaya bahawa mereka tidak menjangkakan bahawa lagu mereka akan diangkat sebagai lagu terbaik.

“Sejujurnya memang kami langsung tidak jangka bahawa lagu terbaik untuk minggu pertama akan jatuh kepada kami.  

“InsyaAllah, sekiranya ada rezeki, kami berharap lagu ‘Drama’ ini diberi peluang untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu akan datang. 

“Namun, sekiranya rezeki bukan milik kami, kami tetap akan terima dengan hati yang terbuka dan berasa bangga kerana berjaya memasuki peringkat separuh akhir,” kata Aepul. 

Minggu Pertama SFMM 34 menyaksikan penampilan persembahan oleh Ara Johari (Paku), Shila Amzah (Tiada Dirimu), Sufian Suhaimi (Mencuba), Khai Bahar (123), Siti Nordiana & Khai Bahar (Satukan Rasa), Wany Hasrita (Terlalu Memuja), Siti Nordiana (Hatiku Milikmu), Ismail Izzani (Bidadari), Usop (Aku Yang Bersalah), dan Luqman Faiz (Kepuraanmu).


Persembahan pada malam tersebut diadili oleh panel juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Pentas SFMM 34 juga turut dimeriahkan dengan persembahan selingan oleh Ramlah Ram dan Nora yang telah mendendangkan lagu-lagu hit seperti Hanyalah Satu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi serta Romancinta.

SFMM34 turut disokong oleh rakan radio iaitu Hot FM & Kool FM, serta rakan digital iaitu Ohbulan!, Xtra dan Senang Terhibur. 

Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka boleh mendapatkan tiket separuh akhir minggu kedua pada 20 November ini seawal pukul 3 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Maksimum 2 tiket untuk seorang (tiket adalah terhad).

Para peminat yang ingin mengetahui maklumat lanjut bolehlah mengikuti laman sosial Facebook, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia & @senangterhibur untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM34. 

Orang ramai juga boleh menyaksikan siaran langsung SFMM34 secara strim langsung di saluran http://www.tonton.com.my.

Jangan lupa untuk hashtag #SFMM34 supaya SFMM34 minggu kedua  ini akan ‘trending‘ di laman sosial anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Netizen pun kadang-kadang suka serkap jarang..

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Filem Superhero DC Terbaru, Shazam Bakal Gegar Panggung!

Dikatakan menjadi saingan buat Captain Marvel DC Bakal muncul dengan filem superhero terbaru iaitu Shazam!

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian […]

Featured Thu, 24 Aug 2023

Jatuh Pentas Ketika Sesi Raptai Punca Uyaina Arshad Bertongkat & Berkerusi Roda

Aduh! Ngerinya tengok Uyaina jatuh macam tu je😭🥴😭🥴

Featured Sun, 4 Sep 2022

Uyaina & Raja Syahiran Tak Sabar Tunggu Kelahiran Bayi Sulung

Wah!! Semoga dipermudahkan urusan buat Uyaina dan Syahiran.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

IS CL FINALLY A HOLLYWOOD ACTRESS?!

CL has been working on her debut in America for quite some time now. Is this her big Hollywood break?!

TECH Fri, 18 May 2018

Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

Google Pay yang membolehkan korang ‘membayar sesiapa saja menggunakan alamat emel’