Selepas kejayaan Konsert Ella Unplugged Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Istana Budaya  sepanjang tiga hari berturut-turut pada Mac lalu, rata-rata penonton memuji bukan sahaja persembahan dan kemantapan vokal ratu rock kita malah, busana yang digayakan bagi setiap segmen lagu juga begitu mencuri  perhatian. 

Menurut Ella, konsert yang berlangsung ini bukan sahaja menampilkan kelainan dari segi genre lagu yang dibawakan tetapi busana juga antara salah satu aspek yang titik beratkan dalam konsert Ella Uplugged kali ini.

Bagi penggaya fesyen Ella Unplugged iaitu Jiman Casablancas, beliau mengambil inspirasi gaya Ella melalui konsert itu sendiri. Mengakui, ini adalah konsert pertama Ella menyanyikan lagu tradisional beliau mahu penyanyi kesayangan ramai ini tampil dengan satu kelainan.

” Inspirasi gaya fesyen ini diambil berdasarkan kepada konsep konsert itu sendiri. Terdapat tiga segmen. Ini adalah kali pertama Ella buat segmen tradisional . Tetapi saya tidak mahu dia bawa rupa tradisional biasa. Ia perlu ada kelainan” Katanya.

Bagi Kit Woo selaku pereka fesyen dalam Ella Unplugged Live In Kuala Lumpur, beliau melihat penyanyi ini sebagai keseluruhan konsert dan mahukan sesuatu yang lebih garang dan lebih rock n roll. 

” Satu perkara menarik tentang koleksi ini adalah pakaian lelakinya. Ia hanya menonjol bila Ella mengenakan jaket lelaki. kerana ia seperti jaket labuh yang juga pakaian lelaki. Menarik untuk melihat dia memakainya.”

Menurut Syomirizwa pula, pelan asal untuk satu gaun adalah untuk satu malam sahaja, tetapi apabila beliau menunjukkan rekaan klasik dan terkininya itu serta apa yang akan dilancarkan, team Ella nampaknya mengambil 5 hingga 6 jenis pakaian dan ia akan diperagakan dalam kesemua tiga segmennya nanti.

Manakala, bagi Ezzati Amira selaku pereka fesyen dalam Ella Unplugged, beliau telah menyiapkan satu rekaan yang boleh diguna pakai sehingga 3-4 gaya. Wow! Macam mana tu?

Apa yang pastinya, bukan sahaja lagu, fesyen Ratu Rock kita ni memang “umph!” masa konsert Ella Uplugged tempoh hari. Cayalah!

So, guys if korang nak tengok lagi berita-berita hiburan terkini, boleh lah layari E! News Malaysia menerusi Youtube #enewsMY