Hiburan By: SGMS Faida November 3, 2018 @ 12:16pm

Psst…Corat Coret ASK 2018

Malam kemuncak Anugerah Skrin 2018 berlangsung dengan jayanya pada malam tadi. Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, ramai barisan selebriti yang hadir memberi sokongan. 

Dalam pada itu, pelbagai hal menarik juga berlaku sepanjang anugerah itu berlangsung. Jom semak! 

1) Pertama kali Anugerah Skrin 2018 tidak memiliki hos tetap. Kemunculan Awal Ashaari dan Maya Karin mendapat sorakan ramai di dalam dewan merdeka. Maklumlah, pelakon Maya Karin kelihatan sangat jelita dalam gaun merah panjang.

2) Ketika pasangan selebriti ini mahu bergerak ke pentas utama, Maya Karin hampir terjatuh di tangga. Nasib baik ada Awal ada untuk jadi penyelamat. 

3) Anugerah Skrin tahun ini menggunakan pentas bulat 360-darjah. Bukan itu sahaja, pentas turut menggunakan latar belakang Augmented Reality.

4) Gandingan penyanyi Jacylin Victor dan Elvira Mentor Otai memukau habis, meremang!

5) Pelakon Zahirah MacWilson menguji minda Naz Habibur Rahman dengan bertanyakan soalan mengenai pelakon Diana Danielle yang pernah memenangi pelakon pembantu wanita terbaik menerusi filem apa. Kata gandingan bersama dalam Kata Serasi kan, mestilah ingat!

6) Ini merupakan penampilan pertama pelakon Zahirah MacWilson di Anugerah Skrin. Apapun, memang tak nampak kekok tau…syabas Zahirah.

7) Pertunjukan silap mata oleh Andrew Lee membuatkan penonton di dalam dewan menjerit ketakutan. Korang boleh tengok dari riak muka pelakon Izara Aishah, nervous habis! 

8) Panggilan ‘Papa Mama’ antara Shuk Sahar dan Elly Mazein menggamatkan dewan. Tapi kenapa riak muka Shuk nampak cuwak eh, takut isteri marah ya abam? Hehe.

 

9) Kemenangan pelakon jelita Amyra Rosli menepati pilihan ramai memandangkan lakonannya menerusi drama Nur meninggalkan impak yang cukup besar di hati penonton. 

10) Penyanyi Wany Hasrita tidak begitu sihat ketika membuat persembahan. Walau bagaimanapun, Bintang Paling Popular 2018 ini tetap menyampaikan lagu Hati Kama dengan baik. Get well soon, Wany.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

八度空间稳坐收视第一中文电视频道

八度空间一直为观众提供最创新、最优质电视节目,今天八度空间再度捎来好消息,在2018年的上半年再度创下全马无线电视与收费电视收视总冠军,稳坐收视第一中文电视频道!

Featured Tue, 22 Aug 2023
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Tue, 6 Sep 2022

Impian Miliki Kereta Mewah Idaman Tercapai, Kak KM Pernah Tangguh Hasrat Gara-Gara…

Sanggup Kak KM ketepikan dulu impian dia.. Alhamdulillah tercapai dah yang dihajatkan.

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Tahniah! Nabil Ahmad Bakal Dapat Anak Ketiga

Isterinya, Zira Ayub disahkan hamil di mana berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Instagram milik pasangan ini semalam.

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

Featured Fri, 15 Jul 2022
Featured Thu, 2 Jun 2022
Featured Sat, 26 Feb 2022