Hiburan By: Del14 October 21, 2019 @ 10:01pm

Ehem…Caprice, Mira Filzah Bercinta? #MiraCap

Walaupun kini digossipkan dengan Caprice, pelakon Mira Filzah tidak mudah melatah. Menjelaskan bahawa ianya adalah tuntutan kerja, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi kerana dahulu dia juga pernah dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak apabila kerap digandingkan bersama dalam drama.

“Sesiapa sahaja bebas membuat andaian berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial. Selain Caprice, saya juga dikaitkan dengan Ungku Ismail apabila kami berlakon bersama.

“Saya faham dan perkara ini tidak dapat dielakkan selagi saya masih sendiri.  Terpulang untuk orang luar membuat andaian kerana saya profesional apabila membabitkan soal kerja,” kata Mira kepada BH Online. 

Gossip timbul apabila Caprice kerap memuat naik babak-babak dalam penggambaran video muziknya berjudul ‘Baby Sayang’ di mana Mira merupakan pelakon di dalam video muzik tersebut dan mereka kelihatan sungguh serasi bersama. 

Mira mengatakan bahawa Caprice sudah lama menghubunginya untuk ditampilkan dalam video muzik itu tetapi kekangan masa kerana sibuk di lokasi penggambaran membuatnya terpaksa menolak ‘lamaran’ itu. 

Memandangkan bahagian awal video muzik itu menggunakan suara pelakon Sangkar ini melalui sesi Live di Instagram, akhirnya Mira akur dan menerima tawaran Caprice. 

Video muzik yang dimuat naik di laman YouTube sejak seminggu lalu telah mencatat dua juta penonton! 

Caprice yang sebelum ini sering berseloroh ingin menyunting Bintang Paling Popular ABPBH ke 32 di akaun instagramnya,  sungguh comel apabila tersipu-sipu semasa sedang berlatih untuk berlakon babak-babak bersama Mira. 

 
 
 
View this post on Instagram

More BTS and a surprise tonight at 8 P.M! ?? . . Link at bio #babysayang #roadto2M

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Saya Pilih Berdamai Demi Anak-Anak” – Fasha Sandha Anggap Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka

Demi anak-anak dan kebahagian mereka, parents kena tolak tepi ego masing-masing🤍

Featured Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Selepas Lagu Cinta Kita 2, Ahmad Adly Tampil Dengan Nota Hasratku

Finalis program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2), Ahmad Adly kini tampil dengan single terbaru berjudul Nota Hasratku. Mengorak langkah tampil dengan lagu ciptaannya sendiri bersama komposer Nuriman, Adly mengakui LCK2 memperkenalkan namanya kepada peminat seni […]

Events Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sebak! Ini Luahan Bakal Isteri Emy Buat Arwah

Melihat kepada keadaan Cathy, ramai rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat meminta agar Cathy melalui dugaan ini dengan sabar dan redha dengan setiap ketentuan ilahi diatas pemergian Allahyarham