Filem By: Syafiqa Irdina January 2, 2020 @ 10:42am

Ejen Ali The Movie Luar Biasa, Benarkah Filem Animasi Dilihat Lebih Berbaloi Dan Kurang Risiko?

Filem Ejen Ali The Movie sekali lagi melakar kejayaan apabila menerima kutipan sebanyak 29.3 juta sejak 3 minggu ditayangkan. Susulan kejayaan filem animasi tempatan kegemaran ramai ini, Ejen Ali The Movie turut melebarkan sayapnya ke  100 buah pawagam di negara jiran, Indonesia!

Terbaharu, Pelancaran Kolaborasi Ejen Ali bersama Air Asia dan Ourshop pada Selasa, dilihat sebagai sebuah platform terbaik untuk membawa jenama Ejen Ali ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar ketika ditemui pada sidang media berkata, kolaborasi bersama Ourshop amat bertepatan dengan matlamat untuk membawa jenama Ejen Ali ke peringkat antarabangsa.

Turut hadir sama, Presiden Kumpulan Air Asia Red Beat Ventures, Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Ourshop, Lalitha Sivanaser Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid, Pengasas Animonsta Studios, Nizam Razak dan Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital MDEC, Hasnul Hadi Samsudin.

 

 

Susulan kejayaan filem animasi ini, pemilik Animonsta Studios yang mengeluarkan filem animasi BoBoiBoy, Nizam Razak melihat keluaran filem animasi adalah berbaloi dan perlu diangkat ke persada dunia.

“Bukan tak berbaloi, ianya berbaloi tetapi daripada segi kewangan boleh diperbaiki dan lebih baik. Pembuatan filem animasi bukan hanya sekadar melihat market di Malaysia  tetapi juga di luar negara. Animasi adalah suatu yang universal. Perjuangan dan perjalanan baru bermula dan kita kena terus membuka laluan untuk animasi kita berada persada antarabangsa walaupun memerlukan usaha yang banyak. Tetapi saya boleh kata belum cukup untuk saya katakan financially berbaloi,” kata Nizam Razak.

Beliau juga berharap filem ini dapat diangkat ke negara jiran supaya dapat menerima kutipan yang lebih banyak, apabila memandang pihak kerajaan yang begitu serius mengangkat animasi ke persada dunia.

“Saya rasa memang tinggi risikonya tetapi impak yang diterima juga akan tinggi. Pemasaran animasi lebih besar kerana akan  menerima lebih banyak audience daripada kalangan keluarga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid .

 

Terdahulu, kolaborasi pertama Ejen Ali dan Air Asia adalah pada tahun 2017 menerusi kempen #MisiAspirasiAirAsia dengan  membawa mesej memberi inspirasi kepada kanak-kanak, menjadi pemimpin dunia pada masa hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Apr 2022
Featured Tue, 4 Oct 2022

Kongsi Momen Awal Penghijrahan, Nora Ariffin Titip Pesanan Buat Individu Yang Sedang Berhijrah

Nora Ariffin titip pesanan buat individu yang sedang berhijrah

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Tiada Lagi FBI Live…Next Is?

Nampaknya FBI dan Fara tak lagi berdua, mereka bakal ditemani tiga wajah baru iaitu personaliti media sosial, Faiz Dickie, penulis dan penceramah Ustaz Aiz serta Faiz Haiqal. Wah, meriahlah lepasni!

Cahaya Mata Tue, 22 Mar 2022

“Susahnya Nak Dapat Awak Ni..” – Elizad Shariffudin Jalani Rawatan IVF Kali Kedua

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya serta buat wanita yang turut mencuba untuk hamil didoakan agar terus kuat semangat!❤️🌹😘

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Filem Thu, 10 Jan 2019

陈俐杏与盛天俊拍戏「脚开开」?盛天俊对女友始终如一

盛天俊「首度撇开」女友陈子颖搭档陈俐杏;唯记者会上他笑指若可抉择会再挑陈子颖,让陈俐杏不甘示弱自爆跟盛天俊拍戏要「脚开开」!

Trending Mon, 13 Jul 2020
Featured Thu, 29 Dec 2022

Balu Abam Bocey Rasa Belum Menang Kes Saman, Memilih Berdiam Diri

Allah Maha Adil. Semoga dipermudahkan segala urusan