Hiburan By: SGMS Faida May 14, 2019 @ 11:31pm

Elak Stress, Ajak Mengaku Tak Pernah Baca Komen Di IG

Pelawak Ajak Shiro mengaku pembabitan dirinya dalam arena seni suara bukan untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada tetapi atas dasar mahu mencuba. 

Tampil dengan lagu Yang Mano pada bulan lalu, Ajak mengaku tidak kisah sekiranya dikecam netizen yang berasa dirinya belum layak bergelar penyanyi.

” Jujurnya saya tidak pernah baca komen di Instagram kerana bila saya baca, saya akan tertekan. Jadi saya ambil pendekatan untuk langsung tidak melihatnya.

” Kalau orang tak suka suara saya, kata saya tidak boleh menyanyi saya okay sahaja. Yang penting saya berani mencuba. Saya akan terus menghasilkan single seterusnya bersama pihak Warner Music,” katanya.

Ajak ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatin anjuran Warner Music Malaysia turut berkongsi cerita ketika ‘dilamar’ rapper terkenal, Altimet.

” Pada awalnya bila Altimet tanya sama ada saya berminat untuk menyanyikan lagu Yang Mano, saya sendiri tidak yakin. Kemudian Altimet tanya kepada saya ‘Bro, kau tengok aku bernyanyi ke bercakap (rap) dalam semua lagu sebelum ini?’.

” Itu yang membuatkan saya yakin untuk tampil dengan lagu rap sesuai dengan kemampuan saya sebagai pendatang baharu dalam bidang nyanyian. Bila fikir balik, kalau Altimet boleh kenapa saya tidak,” kata Ajak bersemangat.

Yang Mano merupakan single ciptaan Ezra Kong dan Altimet sudah boleh didengari menerusi penstriman atas talian Spotify, Joox dan Apple Music. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 10 Sep 2018

#FindDali: Finally, We Found Dali!

Dali finally revealed him/herself…can you guess who it is? #FindDali

Hiburan Sun, 16 Oct 2022
Featured Mon, 12 Jun 2023
Automobile Wed, 7 Feb 2018

WANT TO IMPRESS YOUR NOSY RELATIVES THIS CNY? DRIVE A MINI COOPER LAH!

Chinese New Year brings extended family members together to celebrate a joyous occasion. So, it is a good time to impress the uncles and aunties by driving a Mini Cooper back this year.

Kes Mahkamah Fri, 23 Jun 2023
Hiburan Tue, 7 May 2019

Adele Janji Lebih Kejutan Tahun Ini, Bakal Tampil Lagu Tentang Penceraian?

Sentiasa menjadi terbaik pada diri sendiri, ambil masa untuk semua benda, letak telefon anda di tepi seketika dan ketawalah sepuasnya

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022

“Saya Janji Tak Ada Hubungan Lagi” – Iqbal Hanya Berkawan Dengan DSV

Sesiapa yang single tu boleh lah cuba, Iqbal sedang mencari suri hati tu..