Hiburan By: Salma Syahbuddin April 1, 2019 @ 6:06pm

Ella Masih Memukau, Bukti Konsert Ella Unplagged In Kuala Lumpur Dapat Standing Ovation

Siapa sangka di usia 53 tahun, penyanyi kesayangan ramai ini mampu mempertahankan takhta nya sebagai Ratu Rock negara. 

Tampil kekal bertenaga sepanjang dua jam setengah persembahan, nampaknya vokal Ratu Rock kita ini masih maintain seperti dahulu ya! Tiada sebarang perubahan dari segi persembahan dan kemantapan vokal, nyata konsert Ella Unplugged In Kuala Lumpur adalah sesuatu kepuasan untuk diselit dalam memori 2019 apabila penonton yang hadir berdiri memberikan standing ovation di akhir persembahan penyanyi ini.

Memulakan konsert Unplugged beliau dengan pilihan lagu-lagu yang dipetik dari album Ella USA, Ella  Kesal, Ella 30110 dan beberapa album lagi sekaligus membuatkan peminat-peminat beliau tidak melepaskan peluang untuk sing along bersama penyanyi kesayangan mereka.

Konsert yang dibahagikan kepada tiga segmen iaitu, Peace (Unplugged), Love (Irama Malaysia), dan Rindu (Rock n Roll) ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang turut mencemar duli pada konsert tersebut selain kehadiran rakan artis seperti Datin Seri Umie Aida, Erma Fatima dan Zahidah Rafik.

Malah, kehadiran suami tercinta dan adik bongsunya, Korie turut mendapat sorakan gemuruh dari penonton. Malah, lagu duet Ella bersama Kapten Azhar berjudul Mendung Tak Bererti Hujan dan lagu terbaharu mereka iaitu, Love, Peace, Rindu begitu menusuk ke kalbu. Ella dan Korie juga sempat mendendangkan lagu popular mereka sekitar tahun 1996 berjudul Pergilah Sayang. 

Menurut Ella, dia juga sengaja memilih segmen Asli dalam konsert kali ini bagi mengangkat unsur-unsur lagu tradisional yang makin dilupakan dari hari ke sehari.

“Irama asli ini merupakan lagu dari ratusan tahun lalu, kalau bukan kita yang pertahankan siapa lagi. Disebabkan itu saya mendedikasikan segmen lagu-lagu Asli pada konsert ini,” katanya.

Antara lagu-lagu yang didendangkan pada malam itu seperti Sayang Di Sayang, Keroncong Kemayoran, Tak Seindah Wajah, Sembilu dan Zapin Pematah Hati.

Membuktikan kemampuan vokalnya masih lagi sama seperti dulu, Ella memulakan segmen itu dengan lagu malar segar, Permata Biru dan Kitalah Bintang. Sebelum menghangatkan pentas dengan lagu Puteri Kota, Ella menjemput pemuzik Lord, Edrie Hashim dan Kapten Azhar bagi mengiringi lagu tersebut dan lagu Dua Insan Bercinta, Cinta Berakhir serta Sujud.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Tiga Hari Menuju Perkahwinan, Awi Rafael & Atikah Suhaime Umum Kejutan!

Andai kata betul , semoga hubungan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaime masih lagi baik

Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempena Anniversary Perkahwinan Ke-2, Ikmal Amry Beri Hadiah Volkswagen Pada Isteri

Pelakon Ikmal Amry menghadiahkan isteri tercinta, Najla Samshul sebuah kereta jenama Volkswagen sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Menerusi hantaran tersebut, Ikmal mendedahkan dirinya telah bekerja keras untuk membeli kereta ini dan turut […]

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Featured Sun, 6 Nov 2022
Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Featured Mon, 18 Dec 2023