Hiburan By: SGMS Fas July 29, 2019 @ 3:17pm

Fathia Latiff Pilih Jadi Pengkid?

Lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Fathia Latiff mengaku rindu untuk kembali berlakon.

Kata Fathia ketika ditemui Xtra, selepas mendiamkan diri dari dunia lakonan dia mengimpikan watak sebagai pengkid di masa akan datang.

“Mungkin dengan penampilan berambut pendek pada masa ini, saya sedia membawakan watak seorang pengkid.

“Sebelum ini saya sudah membawakan watak perempuan kampung, orang susah, wanita bekerjaya. Cuma watak pengkid belum cuba lagi. Siapa tahu kalau ada tawaran, saya sedia menerima,”katanya optimis.

Enggan meletakkan noktah dalam bidang seni, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Ariana Rose kini melakukan percubaan dalam bidang nyanyian pula.

“Jujurnya saya memang suka menyanyi. Sebelum ini saya pernah hasilkan sebuah cover lagu soundtrack dari drama Isteri Luar Biasa. Ramai pengikut suka dengan kemampuan saya menyanyikan lagu-lagu popular.

“Lagu Jika Aku Tahu merupakan taruhan baharu saya buat pendengar, saya berharap lagu ini akan diterima baik di luar sana,” akhiri Fathia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018
Hiburan Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Tue, 17 Oct 2023
Figura Wed, 13 Sep 2023
Events Thu, 9 Jan 2020

李心洁自认与角色相符!若年轻30岁张艾嘉会抢演角色

李心洁自认与《夕雾花园》角色相符!张艾嘉自嘲若年轻30岁,会与李心洁抢演角色。

Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Kutipan Cecah RM 30 Juta, PASKAL Sumbang RM 100,000 Untuk Tabung TLDM

Paskal menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)