Trending By: Attiqah Mohd March 4, 2020 @ 3:09pm

[GAMBAR] “Kegilaan Dan Rebutan Selebriti Hollywood A-List”- Neelofa Teruja Disolek MUA Terkemuka, Patrick Ta

Baru sahaja muncul menjadi tetamu istimewa di acara fesyen mewah Versace, Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi mencipta rekod baru apabila menjadi selebriti Malaysia pertama yang didandan jurusolek terkemuka dunia, Patrick Ta.

Kredibiliti Patrick Ta sebagai jurusolek sememangnya tidak boleh dinafikan. Terkenal dengan trademark glamazon dan minimalis look, Patrick Ta menjadi rebutan selebriti Hollywood berstatus A-list di luar sana. 

Menerusi laman instagramnya, Patrick turut memuat naik foto Neelofa dengan kapsyen “LV with Neelofa. Today in Paris”.

Mogul fesyen, Neelofa menerima sentuhan emas daripada jurusolek terkemuka, Patrick Ta sempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis baru-baru ini.

Usahawan muda itu turut berkongsi keterujaan disolek oleh Patrick sempena  acara tersebut memandangkan individu itu merupakan jurusolek ternama dan mempunyai portfolio yang hebat sehingga menjadi kegilaan ramai klien selebriti dan model terkenal.

“Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020,” ujar Neelofa.

Mempunyai pengikut sebanyak 1.7 juta di Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri kecantikan. Antara model dan selebriti yang kerap menggunakan khidmat Patrick Ta termasuklah Gigi Hadid, Chrissy Teigen dan Camila Cabello.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

REUNITED W/ My Baby Queens ???⚡️ @gigihadid @bellahadid #makeupbypatrickta

A post shared by Makeup Artist Patrick Ta (@patrickta) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra