Trending By: Salma Syahbuddin December 11, 2019 @ 11:52am

Video Lucah Zul Ariffin Tular?

Belum pun reda kisah gambar intim Zul Ariffin dan Intan Najuwa yang menjadi tular bulan lepas, hari ini kecoh pula mengenai video lucah mirip Zul Ariffin tular melalui media sosial.

Video berdurasi 45 saat menunjukkan seorang individu yang menyerupai pelakon popular, Zul Ariffin tersebar di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna akaun laman sosial dengan akaun @aaagittew memuat naik video ‘panas’ tersebut.

Dalam video berkenaan, individu tersebut kelihatannya sedang berbaring sambil merokok sebelum menunjukkan alat sulitnya dan kelihatannya sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video. Wow, panas ni!

Sumber : twitter

Secara kebetulan, Zul Ariffin juga telah menyah aktifkan akaun Instagram dengan alasan mahu menumpukan fokusnya kepada penyediaan watak untuk filem beliau yang akan dimulakan penggambaran tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, penutupan akaun Instagram tersebut telah disalah ertikan oleh netizen yang menganggap bahawa pelakon Sangkar ini telah mengambil langkah untuk deactived akaun instagram miliknya 

Terdahulu, Zul Ariffin pernah terpalit isu kontroversi yang sama apabila gambar lucah miripnya tersebar sekitar tahun lalu.

Bagaimanapun, segelintir peminat Zul berpendapat bahawa, penyebaran video tersebut adalah hasil suntingan individu yang tidak bertanggungjawab.

Apapaun, marilah kita tunggu penjelasan sebenar dari tuan empunya badan mengenai isu ini okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Featured Fri, 2 Sep 2022

Nas-T Mental ‘Koyak’, Berlubang Tangan Jadi Kenangan Manis

Kesiannya sampai berlubang tangan Nas-T 😩 Jangan lupa tengok filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam!

Featured Thu, 9 Jun 2022
Hiburan Wed, 14 Dec 2022
Trending Tue, 10 Oct 2023
Trending Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Sat, 25 Nov 2023