Hiburan By: Del14 October 21, 2019 @ 11:07pm

Hampir 4 kilo! Sharifah Shahirah Kongsi Foto Sewaktu Hamil Anak ke-5

Pengacara, pelawak dan pelakon Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Shiera, telah memuat naik fotonya di akaun instagram, sewaktu sedang mengandung anak kelimanya, Adeena. 

Isteri kepada Ijoy Azhari ini mendedahkan bahawa berat Adeena ketika dilahirkan mencecah 4 kilogram dan ianya jelas kelihatan di dalam foto tersebut kerana perut pelakon itu begitu besar walaupun badannya kurus.

“Masa mengandungkan Dey Dey..Kurus, cuma perut besau naw dekat 4kg lah pulak keluar. Macam bola ye…Besar..Jalan pun menyeret.

“Lepas beranak…Ambik, lagi besar…Makan sedap mak dia ya. Tak surut-surut…Kembar air..lol,” tulis Shiera. 

Apa yang menarik, selain ramai yang terkejut melihat bentuk badan Shiera sewaktu mengandungkan Adeena, ada juga komen yang mengatakan Shiera begitu mirip dengan pelakon Didie Alias!

“Sekali pandang tadi ingatkan kak Didie Alias..tengok caption mention dey dey baru perasan kak shiera rupanya..”

“kannnn…sama lah dengan saya…ingat Dd Alias tadi”

“Sekali imbas muka akak macam kak Didi Alias hihi…tetapi cantik “
 

Rata-rata peminat Shiera mengatakan dia semakin cantik walaupun sedikit berisi sekarang. 

Shiera mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya melalui perkahwinannya terdahulu bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt dan empat orang cahaya mata bersama suaminya, Ijoy iaitu Airell (16), Airra (13), Audra (11) dan Adeena (3) 

Siapa yang rindukan lakonan Shiera, boleh lah menonton filem ‘7 Hari Kisah Cinta Langkawi’ yang akan ditayangkan di pawagam 31 Oktober nanti.  Di dalam filem itu, Shiera membawa watak ‘Mokcik’ yang berloghat utara yang membawa unsur-unsur komedi di dalam filem ini. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Hiburan Sat, 18 May 2019

Mampu Makan Buffet, Jangan Meroyan Pasal Ekonomi…

Di mana nilai kesederhanaan? Maya tak faham…

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

” Anugerah Itu Satu Rezeki, Saya Takkan Tolak” – Ella

Tak sabar rasanya nak tunggu lagu baru dari kakak kita ni kan?

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Alif Satar Tak Sabar Tunggu Baby ‘A’

Alif Satar berkongsi rasa teruja bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.

Fab Foodies! Fri, 5 Oct 2018

Kopi Ini Sangat ‘Kaww’ Sehingga Boleh Buat Anda Berjaga Selama 18 Jam

Kopi ini dikatakan sangat ‘kaw’ sehingga menyebabkan anda boleh berjaga sehingga 18 jam.Apakah jenis kopi itu dan dimana anda boleh mendapatkannya?