Hiburan By: SGMS Faida February 28, 2019 @ 4:44am

‘I Tak Nak Tegakkan Benang Basah’- Oktovia Manrose Mohon Maaf Kepada Isteri Aliff Aziz

Susulan isu ‘kantoi’ di kelab malam bersama penyanyi Aliff Aziz, pelakon Oktovia Manrose memohon maaf kepada isteri lelaki berkenaan, Bella Astilah.

Menerusi laman Instagram pelakon wanita berkenaan, Oktovia mengaku tersilap langkah apabila keluar bersama Aliff yang bergelar status suami orang.

“ Benda berlaku dan saya sedar ini kekhilafan dari diri saya, saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap. To Bella Astilah I taknak menegakkan benang yang basah.

“ I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat sangat salah, I admit it,” luahnya.

Oktovia yang menyesali perbuatannya sedar bahawa dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang salah.

“ I tak patut keluarkan kenyataan apa-apa pun sebab dah terang I yang salah. Kenapa tadi I jawab macam tu kerana I terkejut dengan semua ayat kasar dari netizen sampai buat I melantun, it’s really hurting me…but I deserve it,” katanya.

Sementara itu, Oktovia berharap agar masalah antara Aliff dan Bella dapat diselesaikan dengan baik dan mendoakan hubungan pasangan itu pulih seperti sedia kala.

“ I hope you dan Aliff boleh settle dengan cara elok. Baik-baik bincang. I doakan terbaik untuk you dan keluarga. Amin Insya Allah,” akhirinya.

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita isu kecurangan Aliff terhadap isterinya selepas keluar ke kelab malam bersama Oktovia, baru-baru ini.

Seorang individu tidak dikenali telah menghantar tiga buah video yang dikatakan mengandungi paparan gambar antara Aliff dan Oktovia dia sebuah kelab malam.

Hal ini membuatkan Bella kecewa lalu memuatnaik perbualan tersebut. Ibu anak satu ini turut berterima kasih kepada individu berkenaan yang menyampaikan maklumat tentang kecurangan suaminya itu. 

Ini merupakan kes kedua melibatkan Aliff selepas pernah tertangkap di pusat karaoke bersama seorang pelakon wanita di pusat karaoke sekitar dua tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

IS LEE KWANG SOO MARRYING JEON SO MIN?!

Lee Kwang Soo recently proposed to Running Man co-star Jeon So Min!

Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Bukan Neelofa…Tetapi LOPAK!

Fashionista Neelofa versi ‘mampu milik’ …

Featured Tue, 9 Aug 2022

[VIDEO] Gara-Gara Kongsi Rakaman Azal Lamar Neera Azizi, Zarina Zainuddin Teruk Dihentam Netizen.. Ini Penjelasan Empunya Badan

Masing-masing ada pendapat sendiri tapi Zarina sebagai ibu lebih mengenali anaknya 😊 Azal pun faham dia tengah berlakon 😂