Hiburan By: Salma Syahbuddin September 20, 2018 @ 3:17pm

Ini Gambar Jasmine Suraya Tak Pakai Bra?

Pelakon dan pengacara, Jasmine Suraya, 28 dilihat seolah-olah tidak memakai bra apabila memuat naik salah satu gambarnya di laman instagram beliau. Namun, Jasmine berasa sedikit kecewa terhadap komen yang diberikan keatasnya oleh majoriti followers beliau di laman sosial berikut.

Bagi Jasmine, pakaian tersebut adalah salah satu pakaian kegemarannya dan tidak salah pun untuk memakai pakain tersebut memandangkan baju itu bukanlah menjolok mata sehingga dikecam oleh netizen diluar sana.

” Baju tersebut dipakai ketika saya menghadiri majlis pelancaran sebuah majalah dari Perancis yang diedarkan untuk pasaran tempatan. Mereka mengadakan majlis secara besar-besaran dan ramai tetamu yang datang. Saya pula mengenakan satu dress yang dirasakan menarik dan ambil gambar”

“Pada saya dress ini sangat elegan dan tak nampak seksi pun, dan ambil keputusan untuk muat naik sebanyak tiga keping di instagram.” Katanya

Sambil menyatakan rasa kecewa beliau terhadap segelintir pihak yang gemar menjadikan pakaian wanita sebagai suatu objek yang berkaitan seks. Jasmine menganggap baju tersebut seksi dan elegan apabila dirujuk kepada beberapa pihak.

 
 
 
View this post on Instagram

Hair and makeup by @erantheloo for #my3loff party @lofficielmalaysia

A post shared by Jasmine Suraya Chin (@jasmine_suraya) on

“Bagi saya ia menunjukkan perwatakan saya sebagai artis. Saya boleh berpakaian seksi, memakai baju korporat, dan memakai kebaya. Bagi saya, saya tidak mengguris hati mana-mana pihak pun. Lagipun itu instagram saya. Sebagai seorang artis saya kenalah sesuaikan diri saya dengan majlis.” Tambahnya
 
Jasmine juga kesal dengan sikap masyarakat yang suka menuding jari terhadap sesuatu perkara tanpa usul periksa terutama sekali golongan muda.
Apapun, tidak kisahlah jenis dan pakaian macammana sekalipun, yang penting ianya selesa dan si pemakai kelihatan anggun dalam persalinan tersebut. Betul tak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 May 2022

“Nyanyian Antara Punca Rezeki Saya” – Irfan Haris Bimbang Nikmat Suara Ditarik

Irfan Haris menghidap penyakit tonsil sejak setahun lalu, risau ditarik nikmat untuk bernyanyi.

Hiburan Tue, 19 Jul 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Fasha Sandha Buka Mulut Tentang Kahwin

Ibu kepada dua anak ini juga memberitahu dia perlukan sedikit masa untuk terus mengenali hati budi Aidil dan juga keluarganya.

Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Sun, 6 May 2018

Tasha Tetap Jadi Diri Sendiri!

Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama…

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]