Ramai pihak seperti sudah dapat menghidu tentang spekulasi hubungan antara Janna Nick dan pengarah serta penerbit terkenal, Sheila Rusly.
Bagaimanapun, Janna tidak ada sebarang komen atau mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan kenyataan ini sehinggalah sebelah pihak lagi membuat kenyataan.
“Saya hanya akan mengulas sekiranya pihak sebelah sana membuat kenyataan. Jadi sebaik-baiknya dapatkan dahulu kenyataan mereka. Saya juga tiada apa-apa komen berkaitan hubungan kami.”
Sebelum ini, hubungan antara Janna dan Sheila Rusly atau lebih mesra dengan panggilan Sis ini begitu akrab sehingga perubahan yang berlaku begitu cepat dihidu oleh netizen. Bahkan, ada yang membuat spekulasi bahawa kenyataan yang dibuat oleh Sis menerusi laman instagram miliknya itu ditujukan untuk teraju utama drama bersiri Leftenan Zana, Janna Nick.