Hiburan By: SGMS Faida February 6, 2019 @ 6:46pm

‘Istiqamah Dalam Tudung Bukan Perkara Mudah’- Emma Maembong Mengaku Sudah Tidak Bertudung

Pelakon Emma Maembong mengakui sudah tidak lagi berhijab sejak tiga hari lalu.

Menerusi pengakuannya kepada BH Online, pelakon berusia 27 tahun ini mengesahkan video bergambar bersama peminat dengan imej tidak bertudung adalah dirinya.

Aku Emma, dia sedar tindakannya adalah bukan contoh yang baik sekaligus mengaku imannya belum kukuh. 

“ Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya,” katanya.

Akui Emma, dia menerima segala kritikan mendatang dengan hati dengan berlapang dada.

Menurut pelakon berdarah campuran yang dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu, dia mula mengenakan tudung secara suka-suka dengan memakai selendang di leher.

“Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung.

“Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain.

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,” katanya.

Menjawab pertanyaan apakah dia memakai hijab kerana mengusahakan perniagaan tudung, Emma menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

“Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan,” katanya.

Tambah Emma, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.

“ Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.

“ Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,” katanya.-BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Farah Diana Mahu ‘Pancing’ Ernie Zakri

Tidak menolak merakam single bergenre ‘jiwang’.

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Cemas Sebelum Naik Pentas DAA 4, Sarah Fazny Muntah Beberapa Kali

Sarah mendendangkan lagu Biarlah Merana di konsert pusingan kumpulan pertama top 36. Best sangat suaranya!

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Cili Padi Alasan Vokal Ayu Tak Sehebat Dulu?

Walaupun sibuk di kebun cili, Ayu Damit masih menerima undangan nyanyian.

Featured Tue, 30 May 2023