Hiburan By: Salma Syahbuddin March 15, 2019 @ 3:53pm

Isu Bidas Kenyataan A. Aida, Kini Sheila Rusly Pula Bersuara

Kalau semalam Xtra mengeluarkan kenyataan daripada pengarah drama bersiri popular Nur, Shahrulezad Mohameddin tentang pandangan beliau terhadap kenyataan A.Aida sebelum ini, namun lain pula bagi penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly yang kurang bersetuju dengan pandangan Datuk A.Aida.

Bagi Sheila Rusly atau lebih mesra dengan panggilan Sis, walaupun beliau sudah terlibat menjadi ketua juri DFKL selama 5 tahun tapi, tidak pernah sekalipun sis menolak peserta yang datang ke ujibakat itu tanpa melihat kepada bakatnya dahulu.

Sumber : Instagram @sheilarusly_jspictures

” Sepanjang terlibat dalam siri jelajah DFKL, matlamat utama kita adalah untuk mencari pelakon yang semestinya mempunyai pakej iaitu, mempunyai bakat dan rupa. Namun, tidak pernah menolak mereka walaupun mereka berbakat tapi tidak mempunyai rupa yang menarik.” Katanya.

 

Sumber : Instagram @sheilarusly_jspictures

Bagi sis, kepada peserta yang mempunyai bakat beliau akan masukkan peserta tersebut ke dalam agensi.

Justeru itu, beliau amat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh A. Aida,  kerana kenyataan itu dilihat sebagai bias.

“Saya kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Itu kelihatan bias dan dan tidak seharusnya berlaku dalam industri kita” Tegasnya yang turut menggunakan bakat baru yang dicungkil menerusi program DFKL dalam drama terbitan beliau.

Apapun, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri berhubung isu kontroversi ini. Namun, sebagai netizen apa yang terbaik adalah, sentiasa berfikir secara positif. Hashtag #positifselalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Sun, 28 Jan 2024
Featured Wed, 9 Aug 2023
Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Raya Dah Dekat, Mana Duit Persiapan Anak?

Jumpa anak tak nak, bila raya nak menyibuk bergambar bagai kau jaga. Duit nafkah anak adalah RM 1500 BUKAN RM 500!

Featured Sat, 17 Sep 2022

Terkenal Dengan Imej Muslimah, Pelakon Remaja Didakwa Sering Ke Kelab Malam & Berpakaian Tidak Senonoh?

Dengar kata dah tak bertudung dan pakaian sekarang macam betina s*ndal! 👀

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Featured Tue, 2 Aug 2022

“Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Ciapan yang dibuat oleh pelakon Aedy Ashraf di laman Twitter miliknya baru-baru ini mencetuskan tanda tanya terutamanya mengenai status hubungannya bersama aktres Amelia Henderson. Kali ini peminatnya pula berasa kecewa dengan dakwaan tersebut kerana menganggap […]