Hiburan By: Salma Syahbuddin July 31, 2019 @ 12:32pm

Jalan-Jalan Makan Angin Gabung Tiga Produksi, Pamer Tarikan Di Jepun

Hasil pengeluaran bersama tiga produksi hebat antara Hokkaido Cultural Broadcasting Corporation Ltd (UHB), Primeworks Studios dan Kantana Japan telah membolehkan penonton di Malaysia untuk menyaksikan rancangan Jalan-jalan Makan Angin (JJMA) dengan berlatarkan kepulauan indah di Hokkaido, menerusi perjanjian yang diterajui oleh Primeworks Distribution, anak syarikat Primeworks Studios.

JJMA merupakan sebuah program travelog yang mempamerkan pilihan penginapan yang unik serta istimewa, destinasi pelancongan menarik dan menyediakan pelbagai maklumat yang perlu diketahui tentang lokasi
percutian idaman di seluruh Hokkaido.

Majlis pengumuman khas telah diadakan di Japan Expo Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur pada hari ini bagi meraikan kolaborasi antara tiga syarikat itu. Yang turut hadir untuk majlis tersebut adalah Hideto Nakajima, Penasihat Ekonomi dari Kedutaan Jepun, Jun Oikawa, Pengarah Urusan dan Eksekutif Kanan UHB, Ahmad
Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Hiroaki Takenaka dari Kantana Japan.

“Kami di UHB sangat gembira dengan hasil kolaborasi bersama dengan Primeworks Studios dan Kantana Japan. JJMA berjaya menunjukkan keindahan kota Hokkaido dengan gaya penceritaan yang menakjubkan, sesuai ditontoni rakyat Malaysia dan Jepun. Kami berharap program ini dapat memberikan perasaan seolah-seolah penonton berada di Hokkaido walaupun hanya di kaca TV.” Kata Jun Oikawa, Pengarah Urusan dan Eksekutif Kanan, UHB.

Empat episod yang akan ditayangkan bakal menampilkan himpunan bandar-bandar besar di Hokkaido yang terdiri daripada Hokadate, Niseko, Tokachi dan Sapporo, dimana pengacara berpeluang untuk merasakan sendiri kehidupan di negara itu sambil mempelajari pelbagai budaya Jepun, mereka juga turut bertemu dengan beberapa rakyat Malaysia yang bermaustatin di Jepun.

“Kolaborasi seperti ini sangat bermakna kepada Primeworks Studios kerana bukan sahaja ianya sebuah perkongsian ilmu antara pihak produksi, tetapi juga mencipta peluang untuk berkongsi gaya penceritaan yang membuatkan kandungan itu menjadi lebih menarik. Kami juga berasa amat berbesar hati dapat menimba ilmu baharu
bersama UHB dan Kantana Japan dalam merealisasikan JJMA edisi Hokkaido. Di masa hadapan, kami berharap untuk melakukan kolaborasi seperti ini lagi.” tambah Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios.

JJMA ditayangkan setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi di TV3 Malaysia dan juga boleh ditonton semula di www.tonton.com.my. Episod tentang Hokkaido akan mula ditayangkan pada 21 Julai 2019 hingga 11 Ogos 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 8 May 2019

Serius Ke? Sajian Buffet Ramadhan Serendah RM 88 Di Dorsett Kuala Lumpur!

Wah, buffet Ramadhan RM 88 per person di Dorsett Kuala Lumpur! Jom try!

Hiburan Fri, 25 May 2018

Sherry Ibrahim Diuji Lagi

Kotak selebihnya semua berada dalam keadaan basah. Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (membabitkan 312 helai tudung)

Hiburan Tue, 15 May 2018

Betulkah Isteri Izzue Islam Amal Ilmu Hitam?

Namun, melihat kepada ketenangan Awin menangani masalah tersebut, Izzue agak terkilan dan sedih dengan sikap netizen pada masa sekarang

Featured Wed, 9 Mar 2022
Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Wed, 29 Jun 2022

“Benda Itu Automatik” – Aksi Berpimpin Tangan Wanita, MK K-Clique Akui Tidak Sengaja

MK K-Clique tidak sengaja berpimpin tangan dengan wanita dikenali Hajar Siti.

Hiburan Tue, 4 Jul 2023

Shuib Maafkan Individu Dakwa Ahli Freemason & Kaitkan Kematian Arwah Siti Sarah

Alhamdulillah, tahniah sebab berani bersemuka dengan Shuib! Semoga jadi pengajaran buat semua.. 😌

Featured Wed, 25 Aug 2021