Hiburan By: Syafiqa Irdina November 21, 2019 @ 10:45am

Jalani Pembedahan Lutut, Ahli Kumpulan Kpop Ini Tetap Ikut Promosi Album

Baru-baru ini salah sebuah agensi hiburan Kpop Korea Selatan terbaru bernama AB6IX, telah memuat naik makluman kepada para peminat mereka mengenai status terkini salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Park Woo Jin, selepas tidak menyertai beberapa aktivti dan persembahan bersama kumpulannya akibat kecederaan.

Agensi kepada kumpulan AB6IX iaitu Brand New Entertainment telah memberi kenyataan rasmi mengenai  kesihatan sebenar Woo Jin selepas artis itu mengalami kecederaan dipergelangan kaki pada Isnin lalu.

Walaupun peminat tidak dapat melihat Woo Jin dalam acara persembahan, No worries! Woo Jin tetap mengambil bahagian semasa kegiatan promosi AB6IX, termasuklah acara fan signing.

 

Sumber: www.soompi.com.my

Park Woo Jin dikatakan telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dan  setelah menjalani ujian diagnosis, pelapik lutut (meniscus) kanan Woo Jin sebenarnya sudah terkoyak.

“Brand New Music akan buat yang terbaik untuk memastikan Park Woo Jin mendapatkan rawatan dengan sempurna dan pulih sepenuhnya. Oleh itu, mulai saat ini AB6IX akan jalani sesi promosi mereka dengan empat orang ahli  iaitu Lim Young Min, Jeon Woong, Kim Dong Hyun, dan Lee Dae Hwi.

Kami mohon peminat semua memahami situasi yang dialami Park Woo Jin yang tidak dapat menyertai sebarang aktiviti bersama AB6IX dan mohon terus menyokongWooJin. Kami berjanji akan buat yang terbaik terhadap tahap kesihatan artis kami dan sentiasa melindungi mereka. Terima kasih.” agensi Brand New Entertainment.

Dalam perkembangan lain, AB6IX akan mengadakan jelajah konsert “1st ABNEW” di Jamsil Arena pada 13 hingga 14 Julai  tahun hadapan selepas  kumpulan AB6IX debut dengan lagu “Breathe” pada 22 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

Tahniah Indah Ruhaila!

Tahniah buat Indah Ruhaila dan pasangan , kami doakan kalian berbahagia hingga hujung nyawa

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Wow! Kumpulan K-Pop KARD Makin Letup!

Siapa sini peminat KARD, angkat tangan!

Hiburan Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Billie Eilish Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Peminat Pula Buat Sampah?

Aduh malunya kalau orang luar nampak rakyat Malaysia tak jaga kebersihan.

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

BERJUBAH, IMEJ BARU ZUL ARIFFIN

Gambar yang baru sahaja dimuat naik itu telah mendapat 104,642 likes dan ribuan komen dari peminat-peminat beliau yang  mencapai purata 1.8 juta followers