Buat korang yang dah menonton filem Ejen Ali, mesti korang teringin nak ada kuasa IRIS macam Ejen Ali kan?

Bersempena dengan cuti sekolah ini, korang berpeluang mengunjungi siri jelajah Ejen Ali  yang kini berada di Mydin Mall Seremban 2, kalau korang nak tahu siri jelajah Ejen Ali ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan istimewa buat seisi keluarga, yang paling best korang boleh tiru gaya Ejen Ali tau!

Ha, nak tengok apa syarat penyertaan tiru gaya Ejen? Korang boleh tengok kat bawah ni! 

Siri jelajah Ejen Ali yang berlangsung selama 3 hari ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merancakkan lagi hujung minggu si kecil korang seperti pertandingan mewarna, kuiz, happy hour bersama Carrie Bacbuster, penampilan khas maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia. 

Selain itu, korang turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah misteri dan  eksklusif dari Ejen Ali dan Carrie Bacbuster. Apa tunggu lagi? jangan lupa meriahkan Mydin Mall Seremban 2 bermula 6 Disember sehingga 8 Disember ni tau, bermula 11.00 pagi sehingga 8:30 malam.

Jom ramai-ramai kita serbu!