Hiburan By: SGMS Faida November 7, 2019 @ 3:39pm

Kalau Berjaya Masuk AJL34, Usop Nak Buat Kenduri!

Penyanyi muda, Usop berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran sekiranya lagu Aku Yang Bersalah berjaya mendapat tempat di pentas Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34).

Kata Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor ini, dia berdebar untuk naik ke pentas separuh akhir Muzik Muzik tahun ini membawakan lagu ciptaan penyanyi seangkatan, Haqiem Rusli dan Fareez Fauzi.

“Terkejut sebab saya masih baharu dalam industri nyanyian. Baru tahun ketiga saya berpeluang menyanyikan lagu ciptaan sahabat sendiri, Haqiem di pentas separuh akhir Muzik-Muzik. 

“Saya berniat kalau ada rezeki masuk final, saya nak buat kenduri di kampung halaman, Kulim, Kedah. Itu hanya niat, doakan saya dapat masuk final,” katanya kepada Xtra.

Tambah penyanyi berusia 22 tahun ini, dia juga berdebar untuk berada di pentas sama bersama barisan Mentor yang pernah mendidiknya sebelum bergelar penyanyi.

“Di separuh akhir nanti, saya akan bertemu dengan abang Akim, Hazama dan Tomok. Siapa tak nervous kan bila bertanding dengan ‘cikgu’ sendiri. 

“Insha Allah saya akan buat yang terbaik untuk Aku Yang Bersalah,” akhiri Usop. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Jun 2019
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Sun, 31 Mar 2024