Hiburan By: SGMS Faida April 1, 2019 @ 5:04pm

‘Kamu Membuktikan Janji Kepada Arwah Papa Aku’- Nia Ramadhani Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke Sembilan

Pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani menyambut ulang tahun perkahwinannya dengan usahawan Anindra Ardiansyah Bakrie, baru-baru ini.

Sembilan tahun melayari perkahwinan bersama lelaki lebih mesra disapa Ardi itu, Nia mengaku sangat bahagia dan bersyukur dikurniakan suami yang sangat baik. 

“And here we are! 9 years of a roller coaster adventure!” tulis Nia.

Menurut Nia, Ardi juga berjaya menepati janjinya terhadap Allahyarham bapanya.

” Kamu membuktikan janji kamu , saat kamu minta izin ke Alm.papa aku, kamu bilang kamu berjanji untuk membahagiakan aku,” tulis Nia lagi.

Pelakon berusia 28 tahun ini bersyukur atas nikmat dikurniakan Allah kepadanya apabila suaminya itu membuktikan mampu menjaganya sebaik mungkin. 

” And yes,you prove it! I am a very LUCKY WOMAN #9thanniversary,” tulisnya.

Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie bernikah pada 1 April 2010 dan memiliki tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Panas! Ini Realiti Sebenar Kehidupan Sajat

Saksikan episod kedua Nur Sajat Rated Xtra dengan pelbagai kejutan-kejutan yang bakal menyusul sempena sambutan hari lahir beliau. Nak tahu apakah kejutan tersebut? Jangan lupa saksikan episod penuh kegembiraan Sajat hanya di www.tonton.com.my

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Fri, 19 Apr 2019