Menurut adik kepada Allahyarham Abam, iaitu Ali Puteh, anak allahyarham yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey  yang kini berusia lapan bulan lebih banyak mendiamkan diri dan tidak meragam.

Manakala, kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga lebih banyak mendiamkan diri.

“Sudah masuk hari keempat pemergian arwah, kakak iparnya itu lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Sama macam Abam. Banyak diam.

“Cuma, dia sudah mula tercari-cari sebab setiap hari rumah sentiasa dipenuhi orang.” Katanya.

Sumber : Google

Hasil keputusan bedah siasat

Namun, ketika ditanya mengenai hasil keputusan bedah siasat, beliau hanya mengatakan keluarga masih belum mendapat sebarang keputusan. Dan, keputusan hanya akan diperolehi dalam masa tiga minggu lagi.

” Dimaklumkan keputusan hanya akan diperolehi dalam masa tiga minggu sahaja lagi”

Sumber : Instagram @aliputeh89

Pesanan terakhir arwah

Tambahnya lagi, arwah berpesan agar sentiasa menjaga ibu mereka, Sabariah Arshad, 63 tahun yang kini masih tidak sihat dan terpaksa berkerusi roda.

” Arwah pegi secara mengejut, namun minggu lalu dia ada cakap dengan mak yang jiwanya kosong dan tidak fikir apa-apa lagi. Malah, beliau juga berpesan  supaya menyuruh saya berehat dan jangan terlalu penat bekerja.

“Minggu lalu dalam group whatsapp keluarga, dia mengatakan sekarang giliran saya untuk menjaga emak dan jangan lupa bagimak makan ubat” Jelasnya.

Artikel berkaitan : Achey Rindu Abam, Masih Hantar Whatsapp Dalam Group BOCEY