Hiburan By: Del14 December 27, 2019 @ 3:30pm

Lagu ‘Eh’ Sindir Siapa? Zizi Kirana Tak Takut Dikecam

Penyanyi Zizi Kirana merasa lega kerana lagu terbarunya, Eh, mendapat perhatian ramai apabila sudah mencecah lebih 1 juta tontonan di YouTube semenjak ia dilancarkan 29 November lalu. 

Walaupun lirik lagu tersebut dikatakan sarkastik dan menyindir, Zizi sedikit pun tidak kisah jika ia membuatkan sesiapa terasa hati dengannya kerana lagu itu sememangnya ditujukan kepada netizen yang sentiasa mencerca kekurangan dan mencari kesalahannya. 

“Lirik lagu ini agak sarkastik dan ia dihasilkan untuk mereka yang suka ‘membawang’, tidak kira sama ada orang luar atau kawan baik saya. 

“Tidak tahulah jika ada yang terasa.  Setakat ini, belum ada yang datang dan bercakap mengenainya secara berdepan.  Tetapi, kalau benar terasa nasiblah… Siapa suruh bermulut jahat?” katanya kepada BH Online. 

Satu pencapaian yang memberangsangkan apabila lagu hasil kolaborasi bersama Navigator dan Mambang ini sudah meraih 1.6 juta tontonan di YouTube sehingga kini!

Apa yang lebih menarik, Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah binti Mad Tahil cuba menampilkan elemen tradisional di dalam Eh yang membuatkan lagu itu berjaya menambat hati pendengar. 

Cubaan Zizi yang memilih untuk berkebaya di dalam video muzik lagu itu juga mendapat reaksi yang positif dari orang ramai. 

“Pada mulanya, saya agak risau jika Eh tidak mendapat perhatian.  Tambahan pula, saya banyak terbabit dalam penghasilan lagu ini, termasuk lirik dan melodi. 

“Tertanya-tanya juga sama ada ia diterima tau sebaliknya.  Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya apabila lagu ini diperkenalkan.  Alhamdulillah, video muzik Eh mencatat lebih sejuta tontonan selepas dua minggu dilancarkan,” kata Zizi lagi. 

Untuk rekod, penyanyi yang merupakan finalis rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia musim ketujuh ini pernah menyertai kumpulan The Fabulous Cats yang diketuai olah penyanyi Hip Hop, Cat Farish pada penghujung 2009.

Beberapa tahun kemudian, Zizi menukar nama pentasnya kepada Kirana selepas menganggotai kumpulan baharu, Nukilan pada Januari 2015 di bawah label Qarma Music, milik penyanyi rap terkenal Malique, bekas anggota kumpulan Too Phat. 

 
 
 
View this post on Instagram

[ 8pm ] 29 . 11 . 2019 ? • • • #EHZiziKirana #KesayanganSia #WebTvAsia

A post shared by Kesayangan Sia (@zizi_kirana) on

Kredit Foto: Instagram 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 18 Dec 2018

Lazada Saw 1.3 Billion Visits During 11.11 and 12.12 Sales

That’s a crazy amount of people visiting the website and app!

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tahniah! Shila Amzah Menang Anugerah Di Zhengzhou

Menerusi perkongsian ibunya @mamazie68 di laman Instagram, Shila berjaya membawa pulang dua trofi untuk kategori Most popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste. Wow!

Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Malaysia Duduki Tempat Ketiga Kunjungan Paling Ramai Di Asia

Bagaimana pula dengan destinasi pilihan korang?

Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Wed, 21 Feb 2018

SIAPA NAK RM1K DARI FAZURA?

“Masih hilang, tolong cari kucing saya. Kami sayang Jem dan sangat merinduinya, ” luah Fazura melalui aplikasi Insta Storynya.