Hiburan By: SGMS Faida December 12, 2019 @ 2:00pm

Luahan Perasaan Hael Husaini Dalam ‘Hati’

Setelah kejayaan dua versi lagu ‘Hari Ini’ secara solo dan secara duet bersama bintang tersohor R&B negara, Dayang Nurfaizah, penyanyi, komposer berbakat Hael Husaini kini muncul dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Hati’.

‘Hati’ mengisahkan seorang lelaki yang menaruh harapan pada seorang wanita, tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk untuk cuba memberitahu perkara sebenar kepada wanita tersebut.

Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh pasangan pencipta karya muzik ulung negara iaitu Ezra Kong dan Hael Husaini sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu lagu yang pernah mereka hasilkan bersama sebelum ini.

Di dalam lagu ini juga Hael Husaini memperkenalkan gerakan baru didalam muzik video bagi memperkuatkan lagi lagu yang berjudul Hati ini.

Sekaligus dapat mempersembahkan dinamik lagu ini kepada pendengar diluar sana.

Tidak mustahil sekiranya lagu ini mampu dicalonkan dalam anugerah-anugerah berprestij yang akan datang.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, Lagu ‘Hati’ merupakan hasil nukilan Ezra Kong serta Hael sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio.

Lagu ‘Hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

Video muzik lagu ‘Hati’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

‘Saya Masih Tunggu’-Eizlan Yusof

Eizlan mengadakan sidang media tergempar bagi menuntut permohonan maaf daripada PDRM

Fab Foodies! Sun, 21 Jan 2018

THESE 9 PLACES SELL THE VIRAL ‘AIS KEPAL MILO PEKAT’

Milo is every Malaysian’s staple! Who wouldn’t want a piece of this for themselves?

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Discover Germany Freely Through a BirdsEye View

Pockets won’t get burnt, but the eyes can still get to feast on lovely views!