Hiburan By: SGMS Faida February 26, 2019 @ 7:54pm

‘Maafkan Saya…’- Janna Nick Menangis Mohon Hubungan Bersama Sheila Rusly Pulih Seperti Dulu

“ Mohon maaf secara peribadi sudah, sekarang saya ambil pendekatan untuk memohon maaf secara terbuka. Maafkan saya seandainya ada perbuatan saya sebelum ini mengguris hati pihak sana,” demikian luahan pelakon Janna Nick kepada produser terkenal, Sheila Rusly.

Susulan berita perselisihan faham yang berlaku antara dua nama besar dalam industri hiburan, pelakon Leftenan Zana ini seakan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi.

“ Jujurnya saya sudah mengirimkan pesanan memohon maaf tetapi tiada respon daripada beliau buat masa ini.

“ Ramai wartawan dan kenalan datang bertanya kepada saya mengenai punca mengapa ia terjadi. Jujurnya saya sendiri tidak tahu mahu berkata apa lagi kerana saya sendiri tidak tahu mengapa ia terjadi,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran telefon pintar Vivo V15, petang tadi.

Akui Janna, dia enggan memanjang isu ini dan sebagai anak didik produser berkenaan apa yang mampu dilakukan adalah memohon maaf sekali lagi.

“ Saya mohon maaf namun sekiranya tiada lagi respon daripada pihak sana, saya mohon ampun daripada Allah SWT.

“ Saya berdoa agar Tuhan bukakan pintu hatinya untuk memaafkan saya. Saya sudah menganggapnya sebagai keluarga sendiri. Sudah tentu saya sedih dengan apa yang terjadi.

“ Kami terlalu rapat sebelum ini, sudah tentu saya terkilan dan sedih. Saya bukanlah individu yang mudah melupakan jasa orang-orang yang pernah banyak membantu saya berada sehingga ke tahap ini,” katanya yang menitiskan air mata.

Janna turut memohon agar perselisihan faham ini segera selesai kerana dia sudah menganggap Sheila dan suaminya, Jinggo sebagai ibu-bapa angkatnya.

Terdahulu, Sheila Rusly telah memuat naik gambarnya mempromosikan drama bersiri, Leftenan Zana, yang turut dibintangi aktres muda terbabit.

“Kalau rasa nak tengok silakan… Mungkin tidak sehebat yang diharapkan dan tak semudah juga untuk sis (merujuk kepada dirinya selaku penerbit) menyiapkan kerana tak semua jasa akan dikenang,” tulis Sheila pada perkongsian berkenaan.

Status itu tentu sahaja pantas mengundang pelbagai spekulasi dan biarpun penerbit terbabit tidak menyebut sebarang nama, tidak kurang netizen yang mengaitkannya dengan Janna.

Wartawan lokasi: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Marsha Milan!

Selamat Harijadi kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang menyambut ulang tahun yang ke-34 hari ini dan telah memuat naik foto bersama kek harijadinya sambil mendukung seorang anak kecil di dalam satu entri di instagram […]

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Iqram Dinzly Kembali Normal

Iqram Dinzly sudah kembali normal seperti manusia biasa setelah dilanda pelbagai kontroversi ke atas dirinya.

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Mewah Sebab Ditaja ‘Sugar Daddy’? Kilafairy Akhirnya Bersuara!

Saya mahu bekerja keras dan mengumpul aset sebelum berkahwin. Mengenai kritikan negatif, netizen boleh berkata apa yang mereka suka.

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Kongsi Jantina Anak? Nanti Dulu…

Saya sukakan kejutan. Kalau sebelum ini saya memberi kejutan kepada ahli keluarga ketika mengumumkan berita hamil, jadi untuk soal jantina, saya akan lakukan yang sama…

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Hiburan Wed, 25 Sep 2019
Hiburan Thu, 12 Jul 2018

「草根追梦者」张恒远:追梦赤子心

没有光鲜亮丽的外表,也没有光环笼罩的过去;张恒远的成长历程,倾注着他对于音乐的执着和热爱!

Selebriti Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Sun, 22 May 2022