Hiburan By: Del14 January 5, 2020 @ 7:21pm

Mahu Pengakhiran Yang Bahagia, Mira Filzah Akui ‘Serius’ Dengan Seseorang

Selepas sekian lama berteka teki mengenai teman lelaki, akhirnya pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka.

Namun begitu, setiap kali soalan diajukan kepadanya, pertuturan Mira begitu teratur dan amat berhati-hati dalam memberikan jawapan.

Spekulasi siapakah jejaka yang berjaya mencuri hati Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu membuat netizen tertanya-tanya. 

Lebih-lebih lagi apabila Mira berkata dia bukan dari golongan industri seni. 

Baca: Mira Filzah Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

Walau bagaimanapun mulut pelakon jelita ini masih terkunci rapat apabila ditanya mengenai identiti jejaka tersebut.

Memetik laporan BH Online, jejaka tersebut dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen, dan menurut laporan Harian Metro, beliau juga adik kepada seorang pengacara. Wah!

Sebelum ini, Mira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak dan pernah berkata dia selesa bergaul dengan Zizan kerana perwatakannya yang kelakar. 

Baca: Kahwin Tahun Depan, Apa Komen Mira Filzah?

Mungkin pengalaman lalu membuatkan Mira lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan tentang kisah cintanya?

“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul.  Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian. 

“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga.  Siapa yang tahu, tahulah…Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian. 

“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga,” kata Mira kepada BH Online. 

Melalui sedutan temubualnya bersama Melodi TV3, Mira berkata, setiap orang yang menjalinkan perhubungan pasti mahukan pengakhiran yang bahagia, iaitu hingga ke jinjang pelamin tetapi belum sampai masanya untuk dia bercerita dengan lebih lanjut kerana semuanya masih di peringkat perkenalan dan belum ada apa-apa kepastian tentang hala tuju perhubungan mereka itu. 

Walau bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah binti Badioezaman itu mengakui hubungannya dengan ‘si dia’ adalah “Serius, dan bukan main-main.”

 

Kredit Foto: Instagram @mfmirafilzah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 2 Oct 2019

xtra好康头 | 送你「云顶星光嘉年华」入门票

xtra好康头 送你「云顶星光嘉年华」入门票,让你在星光下的欢乐时光,度过最美丽的周末。

Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Hiburan Fri, 12 Oct 2018
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Menangis Di Tanah Suci, Lisa Surihani Buat Netizen Sebak

MasyaAllah💗 Min sampai ulang banyak kali. Tersentuh!

Cahaya Mata Sun, 7 Aug 2022

Teruja Sambut Zuriat Kedua, Akim Ahmad Pilih Nama Isa

Tahniah Akim & Stacy! Welcome Baby Isa ❤️ simple and sweet je kan nama baby 😍

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.   […]

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Banyak Lagu Bagus Tapi Belum Pernah Dinyanyikan Live’- Aishah Idam Konsert Solo

Memiliki lebih 100 buah lagu sebelum ini, Aishah tidak mahu hanya lagu Janji Manismu sahaja yang terus dikenang. Lagu Janji Kita pun best kan?