Hiburan By: SGMS Faida November 15, 2019 @ 3:52pm

Melly Goeslaw Unfollow Di Instagram, Rossa Tidak Mahu Panjangkan Isu Lagi

Gara-gara tidak lagi di-follow di akaun Instagramnya, penyanyi Rossa tampil memberi penjelasan mengenai hubungan bersama dengan komposer terkenal Melly Goeslaw.

Memetik tembual bersama TribunWow.com, Rossa mengaku masih belum bertemu dengan komposer itu untuk bertanyakan hal tersebut.

“Semua orang ada pilihan dan pemikiran masing-masing. Saya tidak ada masalah persahabatan dengan beliau dan ia masih berjalan baik, tiada masalah,” katanya.

Sebelum ini, Melly berkecil hati dengan konsep pakaian yang digayakan Rossa dalam sebuah pesta Halloween yang dianjurkan di salah sebuah rumah selebriti terkemuka Indonesia.

Sementara itu, Rossa juga sudah memohon maaf atas kesilapan yang lalu.

“Saya sudah lama mengenali Melly dan tidak mahu berselisih faham di masa depan. Persahabatan kami sudah cukup lama. Yang pasti saya tidak mahu putuskan silaturahim ini,” akuinya.

Tambah Rossa dia tidak mahu lagi bercakap mengenai insiden yang sudah berlalu kerana bimbang masalah berpanjangan.

Pada 1 November lalu, Rossa memohon maaf kepada Melly atas tindakannya yang membuatkan komposer terkenal itu berkecil hati.

Sumber: @mimi.julid

Melly sebelum ini memuatnaik sebuah entri menulis dia rasa dipersendakan apabila gaya pakaiannya menjadi pilihan untuk pesta Halloween.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 19 Nov 2018

Tidak Tolak Jodoh Andai Bersama Emma – Kamal Adli

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Kamal Adli dan Emma Maembong ye

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

陈思颐代言养生美容馆 自嘲变性成功有伴侣

本地网路电台主持人Cindy 陈思颐和新晋男演员Sampson 周力文签约代言养生美容馆;陈思颐自嘲在开始了护理后,让她「变性成功」更有女人味,脱离单身狗的生活。

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Sebak…Wak Doyok Kongsi Kenangan Manis Bersama Arwah Baba

Menerusi laman Instagram Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor, dia menulis serba sedikit tentang arwah bapanya itu…