Hiburan By: SGMS Faida March 8, 2019 @ 12:42pm

‘ Memang Ada Permohonan Tetapi…’- Ketua Pengarah IB Jawab Soalan Man Bai

Semalam, penyanyi Man Bai menyuarakan rasa terkilan apabila permohonannya untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya ditolak biarpun sudah dihantar lebih awal.

Namun begitu kenyataanya disangkal baik oleh Ketua Pengarah IB , Datuk Mohamed Juhari Shaarani yang menjelaskan permohonan itu memnag diterima tetapi tidak lengkap dan lewat.

” Memang ada namun namun permohonan yang dibuat pada bulan Ogos 2018 tetapi tidak lengkap, berbanding pihak Jamal Abdillah dan M. Nasir yang telah hantar pada 2017 lagi.

” Kebiasaannya, untuk mengadakan persembahan pada tahun yang sama sudah dikira lewat kerana Istana Budaya menerima permohonan setahun awal dan seperti semua sedia maklum, kami sentiasa melancarkan program sepanjang tahun pada setiap awal tahun,” kata Mohamed Juhari atau mesra disapa sebagai Abang Jo.

Tambah beliau, slot Tarikh yang dimohon oleh Man Bai telah diisi dengan program lebih awal.

” Walaubagaimanapun, Istana Budaya sentiasa membentangkan permohonan baru ke ahli jawatankuasa untuk menilai kertas kerja yang diterima. 

” Namun tarikh yang dimohon oleh pihak Man Bai telah pun diisi dengan program yang terlebih awal membuat permohonan,” katanya.

Terdahulu, tarikh berkenaan telah diisi oleh persembahan konsert Duo Lagenda: Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir bermula 20-24 Disember.

Oleh demikian, Man Bai tetap mengadakan persembahan di Konsert 2V Man Bai + Rahim Maarof yang bakal berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur pada 6 April depan.

Tiket-tiket berharga RM205 boleh didapati di laman web, www.ilassotickets.com atau hubungi talian 0321706333.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Dynas terkejut membaca komen Netizen

Bawak banyak bersabar Dynas

Featured Fri, 9 Sep 2022
Events Fri, 3 Jan 2020

Masya & Jeryl Proved There Is No Language Barrier In Music As They Sung 7 Languages At The Start Of New Year

When two vocal powerhouses unite in one stage, it signifies the great start of a new year!

Events Thu, 8 Feb 2018

TAHNIAH! INI ANTARA SENARAI PEMENANG AJL32 DAN ANDA BERPELUANG KE AFTER PARTY RATED XTRA KAMI

Ini antara mereka yang bertuah untuk bersama-sama kami menghidupkan malam kemuncak AJL32 yang bakal diadakan pada 11 Februari 2018, Ahad, jam 9 malam bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil

Featured Tue, 7 Feb 2023

#RoadToAJL37: Selepas Pertama Kali Jadi Finalis, Ini 5 Penyanyi Terus Melonjak Naik Selepas Sertai AJL!

Fuhhhh, Anugerah Juara Lagu (AJL) melahirkan bakat-bakat besar yang kekal relevan hingga kini! 🤩🤩

Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Tue, 9 Aug 2022