Hiburan By: SGMS Faida February 16, 2019 @ 9:57am

‘ Minta Maaf Atau…’- Misha Omar Kecewa Difitnah Guna ‘Mak Esah’ Di AJL33

“ Saya tidak minta wang ringgit, sebaliknya mahu individu terbabit berjumpa saya secara empat mata untuk memohon maaf tanpa bersyarat,” kata penyanyi Misha Omar yang menuntut permohonan maaf daripada beberapa individu yang menuduhnya menggunakan cara kotor di Anugerah Juara Lagu 33, baru-baru ini.

Kata pelantun Sampai Bila itu, dia terkejut dan kecil hati selepas ada di kalangan artis yang mengusiknya menyebut perkataan ‘Mak Esah’.

“ Ia menunjukkan hal ini sudah merebak di laman sosial. Semestinya saya kecil hati dan marah. Ada juga yang memberi komen mengaitkan saya dan jin kerana melakukan latihan akhir bersama Datuk Syafinaz Selamat berdekatan tandas.

“ Saya terpaksa ambil tindakan untuk mendidik masyarakat supaya tidak menyalahgunakan media sosial hingga menjadikannya sebagai senjata fitnah dan mengaibkan orang lain,” kata Misha di sebuah sidang media, semalam.

Kata Misha atau nama sebenar Samihah @ Aisah Bt Omar, tindakan ini disifatkan sebagai peringatan kepada pihak tidak bertanggungjawab itu untuk datang bersemuka seterusnya memohon maaf dalam tempoh tujuh hari atau bakal berdepan tindakan saman.

“ Status itu mencalarkan reputasi sepanjang 17 tahun menceburi bidang seni suara. Mereka tidak mengenali atau tahu perjalanan yang saya lalui.

“Sudah tentu saya ingin bertanya, apa salah saya dan di mana mereka mendapat maklumat hingga tergamak menabur fitnah seperti itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sidang media itu turut disertai dua peguamnya dari firma Amelda Fuad Abi & Aidil iaitu Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim.

Misha menerima anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, manakala lirik Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

BLACKPINK 大马演唱会确定加场!

由于大马粉丝反应热烈,BLACKPINK 2019亚洲巡回《IN YOUR AREA》演唱会-吉隆坡站确定加场!

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Banyak Lagu Bagus Tapi Belum Pernah Dinyanyikan Live’- Aishah Idam Konsert Solo

Memiliki lebih 100 buah lagu sebelum ini, Aishah tidak mahu hanya lagu Janji Manismu sahaja yang terus dikenang. Lagu Janji Kita pun best kan?

Events Sat, 6 Jul 2019

MintG与KenLee「恋手」出辑!唯在一起多年却未亲口确认男女朋友身份

Mint G与KenLee以情侣档姿态「恋」手出「辑」,只是在一起多年的两人,原来却未亲口确认男女朋友身份。

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Featured Fri, 10 Mar 2023

Susulan Tumbuk Isteri Hingga Cedera, Hafidz Roshdi Bakal Didakwa Isnin Depan

Semoga yang teraniaya diberi keadilan yang sewajarnya!

FESYEN Wed, 11 Sep 2019