Hiburan By: SGMS Fas August 22, 2019 @ 12:29pm

Mira Filzah Mahu Ulang Penggambaran Sangkar?

“Jika diberi peluang untuk menjalani penggambaran sekali lagi, saya mahu lakukannya,” akui pelakon Mira Filzah yang berhasrat menambah baik mutu lakonannya dalam filem seterusnya.

Menurut Mira, dia berdepan dengan jadual seni yang padat ketika menjalani penggambaran Sangkar.

“Kalau penonton tengok riak wajah saya dalam Sangkar, boleh nampak wajah saya kelihatan sedikit penat.

“Benda ini di luar jangkaan saya. Kita dah atur yang baik. Ini merupakan filem pertama yang saya menjalani penggambaran sebelum saya masuk ke set filem Rise Ini Kalilah.

“Secara jujurnya, filem ini sangat baik,” katanya.

Tambah Mira yang memegang watak sebagai adik kepada aktor, Remy Ishak, dia selesa dengan watak dalam filem ini.

“Watak saya seorang gadis biasa yang berdepan dengan konflik keluarga. Nak cakap mencabar, tidak juga.

“Saya senang sekali bekerjasama dengan pengarah hebat, Khabir Bhatia manakala Zul dan Remy sememangnya profesional dan mudah untuk berlakon bersama,” tambahnya.

Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Thu, 12 Dec 2019
Hiburan Thu, 16 Jan 2020

“Saya Memang Tidak Mahu Teruskan Perkahwinan Ini” Noor Nabila Sudah Tawar Hati

Selepas selesai prosiding kes perceraian antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Kakak kepada Neelofa iaitu, Noor Nabila yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagaimanapun berkata, beliau terkilan apabila proses perceraian […]

Hiburan Wed, 30 May 2018

Semarak Syawal Dengan Program Terhebat!

Selaku platform nombor satu pilihan Malaysia, MPTN komited dalam memastikan kualiti program hiburan dan kekeluargaan sepanjang perayaan ini memuaskan hati ramai.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023