Hiburan By: SGMS Faida December 22, 2019 @ 12:48pm

Muna Shahirah Kongsi Pengalaman Ditinggal Kekasih Dalam Suratan Luka

Meskipun lagu Teguh Setia gagal mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), penyanyi Muna Shahirah tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk putus asa menghasilkan karya seterusnya.

Kongsinya, untuk single terbaharu berjudul Suratan Luka, Muna mengakui lagu ini mempunyai kaitan dengan kisah peribadi sebelum ini.

“Tipulah kalau saya kata tidak pernah bercinta dan ditinggalkan. Kalau dihayati lirik lagu ini, boleh ganggu emosi dibuatnya.

“Cuma itu hal yang sudah lepas. Saya anggap pengalaman putus cinta sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik di masa akan datang. Usia masih muda jadi saya lebih berhati-hati selepas ini,” katanya kepada Xtra. 

Sementara itu, Muna berbesar hati dapat bekerjasama dengan komposer hebat tanah air yang menghasilkan Suratan Luka antaranya Sharon Paul, Sirkhan manakala lirik ditulis oleh Fedtri Yahya dan Dato A. Aida. 

“Ini merupakan pengalaman pertama saya dapat menyanyikan lagu gabungan empat orang hebat dalam industri seni, sudah tentu ini perkara yang paling menggembirakan.

“Sebelum ini saya pernah bekerja dengan Sirkhan untuk lagu Teguh Setia. Saya anggap ini pengalaman terbaik yang pasti akan dikenang sampai bila-bila. Memang mudah bekerja dengan mereka. Besar harapan saya agar Suratan Luka dapat dimainkan di corong radio seterusnya diterima baik oleh pendengar,” akhirinya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

‘Adat Program Realiti, Tekanan Mesti Ada’– Mas Idayu

Adatlah bila sertai program realiti, tekanan pasti wujud. Lebih- lebih lagi program D Academy Asia pula tu. All about dangdut!

Hiburan Tue, 21 Jan 2020

Naim Daniel Nafi #SembahNaim Pesongkan Akidah

Netizen pun…jangan lah cepat nak hukum orang.

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Wed, 15 May 2019

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Erwin Dawson Menghidap Kanser, Takut Botak!

Beliau terpaksa menjalani ‘intermittent fasting’ yang bermaksud ala-ala puasa juga cuma puasa 16 jam dan hanya makan 8 jam.