Selebriti Hollywood, Nick Jonas baru-baru ini telah diumumkan beliau bakal menggantikan vokalis Maroon 5, Adam Levine dalam rancangan realiti popular The Voice 2020 pada musim terbaharu akan datang.
The Voice 2020 yang dijangka mula bersiaran pada 24 Februari 2020, turut menampilkan Nick Jonas, Kelly Clarkson, John Legend dan Blake Shelton sebagai jurulatih.
“Saya tidak sabar untuk membantu para peserta mengasah bakat, mencari identiti nyanyian mereka serta menjuarai program ini,” jelasnya di Variety.