Walaupun belum ditayangkan secara rasmi di pawagam berdekatan, namun filem Ejen Ali The Movie nampaknya sudah terpalit dengan isu kontroversi melibatkan lagu tema nya.

Kontroversi ini sekaligus mengundang pelbagai spekulasi bahawa pihak produksi menciplak lagu tersebut daripada karya TheFatRat nyanyian The Calling yang turut menampilkan Laura Brehm sebagai penyanyi undangan.

 

Justeru itu, Pengasas dan Pengarah Wau Animation, Usamah Zaid Yasin tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut ketika tayangan perdana Ejen Ali The Movie yang berlangsung di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur tamat semalam.

Menurut Usamah, beliau terkejut apabila segelintir netizen melabel lagu yang dinyanyikan oleh Aisyah Aziz itu adalah  karya ciplak.

 

” Ada peminat yang komen terus di akaun TheFatRat dan kami terkejut” Katanya.

Bukalah Matamu memang dicipta dengan genre elektronik dance music (EDM). Dan produksi juga turut membuat beberapa rujukan sebelum memilih lagu Bukalah Matamu sebagai salah satu lagu OST filem terbabit.

” Antara kumpulan yang menjadi rujukan pihak kami adalah Daft Punk dan Linkin Park, jadi bila orang sedar lagu itu sama kami terkejut. Dan pihak kami tidak berniat untuk meniru karya tersebut” Jelasnya.

Pihak Wau Animation dan Media Prima Berhad turut mengambil langkah untuk berhubung dengan pihak TheFatRat.

“Pihak TheFatRat faham dengan keadaan tersebut. Kami juga turut menawarkan sedikit royalti dan meletakkan kredit nama pada ‘ending credit’ dalam filem ini” Tambahnya.

Well, jangan lupa saksikan filem Ejen Ali The Movie di pawagam berdekatan pada 28 November 2019!

Hangatkan juga laman sosial korang dengan hashtag #EjenAli #EjenAliTheMovie #ani_MY

Bertindak Segera!