Hiburan By: Del14 September 2, 2019 @ 10:17pm

Pelakon Jumanji Perlu Pembedahan

Kevin Hart, seorang pelakon dan pelawak tunggal (stand up comedy) terkenal Hollywood cedera setelah terlibat di dalam kemalangan awal pagi semalam di Lebuhraya Mulholland di Selatan Cold Canyon Road, California apabila kereta klasik jenis Plymouth Barracuda 1970  miliknya terbabas, dan melanggar penghadang jalan sebelum jatuh ke  benteng. Kereta yang diberi nama ‘Menace’ ini merupakan hadiah hari jadi yang dibelikan dirinya sendiri apabila mencecah umur 40 tahun, Julai lepas.

 

Kereta idaman Kevin Hart yang dinamakan ‘Menace’

 

Hart, 40 tahun telah digegaskan ke hospital Northridge dan dia dilaporkan mengalami kecederaan belakang yang serius dan memerlukan pembedahan. 

Menurut portal Enews, isteri Hart, Eniko Parrish yang ditemui di hospital semasa dalam perjalanan untuk melawat suaminya berkata bahawa suaminya sedang mendapat rawatan dan  baik-baik sahaja.

Keadaan ‘Menace’ selepas terlibat di dalam kemalangan awal pagi semalam – sumber dari laman Twitter @The220Podcast

Pemandu kereta itu, Jared Black  juga disahkan mengalami kecederaan yang serius dan telah dibawa ke Hospital UCLA tetapi punca kemalangan masih disiasat memandangkan dia tidak memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah. Tunang Jared, Rebecca Broxterman hanya mengalami kecederaan ringan walaupun pada mulanya dia terperangkap di dalam kereta tersebut dan menurut CBS News, bomba terpaksa memotong atap kereta itu untuk mengeluarkan Jared dan tunangnya yang terperangkap.

Pelakon Dwayne ‘The Rock’ Johnson yang pernah bersama-sama berlakon dalam filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ dan ‘Central Intelligence’ dengan aktor itu, turut mendoakan temannya itu di dalam laman instagramnya @therock. Sememangnya mereka amat rapat setelah beberapa kali berlakon bersama dan sering bergurau dan mengutuk sesama sendiri di dalam ruangan komen di laman instagram masing-masing.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Stop messing with my emotions brother @kevinhart4real. We have a lot more laughing to do together. Love you man. Stay strong ??

A post shared by therock (@therock) on

Semoga Kevin Hart cepat sembuh seperti sediakala kerana penggambaran Jumanji: The Next Level akan dimulakan penggambarannya Disember nanti dan kemunculan Hart yang sememangnya memberi elemen komedi terhadap filem tersebut amat dinantikan peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jun 2023
Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Bawa Watak Suami Baran & Kaki Curang, Netizen Hampir Pecahkan TV Akibat Geram Dengan Karakter Zamarul Hisham

Min geram sangat tengok Adam, laju je nak angkat tangan eh 🥵 Jangan lupa tonton Aku Tanpa Cintamu episode 7 jam 10 malam ini di TV3!

Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Featured Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] Lagu Meski ‘Wasiat’ Ezad Lazim & Nana Karia Pada Pasangan Hidup – “Kematian Adalah Topik Paling Berat Buat Suami Isteri”

Sebaknya min.. Nana kehilangan nadi selama 10 saat ketika menjalani rawatan IVF kali kedua. Lagu ini sangat mendalam maknanya, kalau dengar dengan teliti boleh jatuh air mata beb!

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

被誉为「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

Featured Tue, 6 Dec 2022