Hiburan By: SGMS Faida November 4, 2019 @ 3:13pm

Pemalu Punca Riena Kurang Popular?

Pelakon meningkat naik, Riena Diana mengaku karakternya yang pemalu membuatkan dia sukar meraih populariti dalam masa singkat.

Kata pelakon yang mula dikenali menerusi drama Nur, dia lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol pantas memandangkan masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan.

“Saya akui sifat pemalu membuatkan saya kurang gemar menjadi perhatian. Apa lagi dikaitkan dengan kontroversi. Saya selesa begini. Biarpun tidak berapa dikenali tetapi tawaran berlakon masih berterusan.

“Biar nama saya kurang dikenali dengan cepat asalkan saya tidak popular dengan cerita tidak elok. Saya perlu menjaga nama baik keluarga dan tidak kisah jika tidak popular atas ‘tiket’ kontroversi,” katanya kepada Xtra.

Sementara itu, pelakon yang pernah membintangi drama Villa Ghazara kini tampil dengan perniagaan kosmetik jenama, Mariposa.

“Pelan asal saya bercita-cita untuk mengusahakan kedai makan tetapi keadaan tidak mengizinkan. Kawan-kawan pula cadangkan agar saya memulakan bisnes kosmetik dan kerana itu saya tampilkan set gincu bibir dan lip tint ‘Mariposa’.

“Saya tidak keseorangan dalam membina jenama ini kerana sahabat baik yang sudah dikenali sejak 12 tahun lalu, Dida turut bersama dalam mengembangkan bisnes ini. Insha Allah…doakan yang terbaik untuk Mariposa,”akhirinya.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Oct 2021
Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Akui Agak Terlambat Masuk Industri, Frontliner Ini Kejar Cita-Cita Sebagai Penyanyi

Adami Hairi merupakan petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Unit Kawalan Penyakit.

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

TAHNIAH! Ameer Forteen Umum Kahwin Mac Tahun Depan

Dia menegur saya buat kali pertama di laman Instagram, bertanyakan judul lagu saya nyanyikan dalam video yang dimuat naik di situ.

Hiburan Tue, 7 Mar 2023

“Happy Birthday To Me!” – Syamsul Yusof Enggan Lafaz Cerai, Puteri Sarah Dedah Ibu & Bapa Mentua Ingin Jadi Saksi

Menurut Sarah, Yusof dan Patimah sentiasa berada di sisinya dan tahu apa yang berlaku antaranya dan Syamsul.

Hiburan Fri, 5 Oct 2018
Featured Fri, 15 Apr 2022

Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

Wah, tahniah The Gadys! New girl group in town 🤩