Hiburan By: Del14 January 15, 2020 @ 2:55pm

Penangan PGL 2020, 5000 Tiket Terjual Walaupun Belum Ada Pelakon?

Puan Sri Tiara Jacquelina seakan tidak percaya apabila lebih 5,000 keping tiket pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) telah terjual walaupun barisan pelakonnya belum lagi diumumkan. 

Ini menunjukkan betapa gahnya, jenama PGL 2020 walaupun kali terakhir ia dipentaskan adalah pada 2009, lebih 10 tahun lalu!

Selaku penerbit dan pengarah PGL2020, Tiara berkata dia sangat terharu dengan sambutan penonton yang bersemangat membeli tiket bagi pementasan PGL 2020 yang akan berlangsung pada 3 Julai hingga 3 Ogos di Istana Budaya, Kuala Lumpur tahun ini. 

“Jualan 5,000 tiket diperoleh sejak minggu lalu.  Saya percaya jumlah semakin meningkat sejak tiket mula ditawarkan bulan lalu.

“Ini membuktikan penonton teruja untuk menyaksikan PGL 2020 walaupun mereka tidak tahu siapa pelakonnya,” katanya kepada BH Online.

“Ia sesuatu yang tak pernah berlaku.  Kami sengaja buat publisiti awal untuk PGL iaitu sejak 1 Disember lalu dan tak sangka sambutannya begini. 

“Bayangkan, pelakon belum diumumkan lagi tetapi orang sudah mula beli tiket. Saya rasa mereka datang kerana jenama PGL itu dan mereka teruja untuk menonton pementasan semula PGL. Menariknya, orang yang sudah berkali-kali tengok sebelum ini pasti akan datang menonton lagi,” ujarnya pada Harian Metro.

Tiara berkata pihaknya masih dalam proses uji bakat pelakon dan senarai pelakon yang lengkap akan diumumkan Februari ini. 

Sejak sesi uji bakat PGL 2020 diumumkan, Tiara mengaku berdepan cabaran untuk mencari pelakon utama bagi muzikal berkenaan. 

“Tidak dinafikan ramai pelakon yang datang ke sesi uji bakat termasuk aktor dikenali.  Namun, agak sukar mencari mereka yang menepati kriteria dikehendaki seperti boleh berlakon, menyanyi dan menari. 

“Ada yang boleh berlakon dan menyanyi tetapi tidak boleh menari.  Saya masih meneruskan pencarian. 

“Saya agak cerewet kerana mahu penonton yang datang berpuas hati dengan apa yang disajikan.  Saya berusaha memberi yang terbaik untuk muzikal ini,” katanya lagi. 

Sekadar info, di antara pelakon terkenal tanah air yang hadir untuk sesi ujibakat PGL 2020 adalah pelakon yang mendapat jolokan ‘Hero Malaya’ , Remy Ishak dan Aqasha. 

Pertama kali PGL dipentaskan di  Panggung Sari, Istana Budaya adalah pada Februari 2006 selepas filem Puteri Gunung Ledang lakonan Datuk M. Nasir dan Tiara mendapat sambutan pada 2004.  

Pementasan musim pertama PGL menampilkan Tiara sendiri sebagai Gusti Puteri Retno Dumilah, Stephen Rahman-Hughes sebagai Hang Tuah dan Adlin Aman Ramlie sebagai Sultan Melaka. 

 

Kredit Foto: Instagram @tiarajacquelina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Dec 2021

“Rasa Macam Nak Samak Lidah Berkali-Kali” – Tak Sengaja Makan Pork Belly, Netizen Minta Norreen Iman Berhati-Hati

Baru sahaja menjejakkan kaki di London, pelakon Norreen Iman berhadapan dengan kejadian buruk apabila menyedari sandwich yang dimakan mempunyai kandungan perut babi. Norren memberitahu dia dan suaminya, Razzi termakan sandwich yang mengandungi babi itu sebaik […]

TECH Tue, 21 Aug 2018

You Might Want to Get Familiar with Your Samsung’s Emergency Mode

It’s a good function to use in case of any emergencies.

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gitaris Aji, Meninggal Dunia Sehari Selepas Sambut HariJadi Ke-50

Selepas arwah Kelly, kini industri muzik kehilangan Aji pula.

Filem Wed, 13 Dec 2023

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Bakal Ditayangkan Pada 11 Januari, Nama Pengarah Masih Dirahsiakan?

Tak sabarnya nak tengok filem Pendekar Awang! Tengok trailer pun dah best!

Featured Tue, 3 Jan 2023

Ibu Syamsul Yusof Bertegas Tidak Akan Memaafkan Peruntuh Rumah Tangga

Hati ibu mana yang sanggup lihat rumah tangga anaknya musnah 😢 Semoga dipermudah segala urusan mereka… ❤️