Penyanyi yang popular menerusi lagu Elegi Sepi ini mengakui kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab apabila kakaknya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) itu dihalau dari tempat letak kereta bertanda OKU.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja beliau meletakkan kereta di kotak parkir, muncul dua orang pengawal keselamatan memaklumkan kepada mereka bahawa, pengurus tidak suka ada kenderaan diletakkan dikotak parkir tersebut.

” Tak sampai dua minit, dua parkir. Dua orang pengawal keselamatan datang halau kami dari petak parkir tersebut dengan alasan, bos tak suka ada orang parkir di kotak yang bertanda OKU.” Katanya.

Kereta parkir ditempat OKU, dikatakan MENYEMAK!

Menurut Azharina, alasan yang diberikan oleh pengawal keselamatan tersebut adalah tidak relevan dan berperi kemanusian. Kerana, jelas sekali kakak beliau tidak boleh berjalan sehingga terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda.

” Kakak saya ada kad OKU, dan ada pelekat parkir tersebut! Wajarkah perkara dan penindasan ini berlaku kepada orang-orang OKU?”

Tujuan sebenar Azharina memuat naik video tersebut

Sebagai seorang  adik dan masyarakat yang prihatin. Azharina turut menjelaskan tujuan sebenar beliau memuat naik beberapa keping gambar dan video pada hari insiden itu berlaku.

Menurutnya, video ini dikongsikan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak dan berharap perangai mendiskriminasi golongan ini sudah tidak wujud pada zaman ini. 

” Saya berharap ramai boleh share video ini untuk kesedaran”

Tindakan Undang-undang akan diambil

Azharina turut memohon Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan ke atas premis tersebut yang terletak di Puchong kerana berasakan kakaknya yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) didiskriminasi.

” Pihak berkenaan harus mengambil tindakan berhubung kejadian ini, sekiranya benar seperti yang didakwa oleh dua pengawal keselamatan mengenai pengurusan mereka yang tidak membenarkan sesiapa pun meletakkan kenderaan di petak OKU walaupun memiliki pelekat kereta dan kad OKU yang sah” Jelasnya.

Terdahulu, kakak Azharina yang dikenali sebagai Aishah memandu kereta tersebut yang turut dinaiki penyanyi itu dan dua lagi anaknya.