Hiburan By: Del14 November 4, 2019 @ 1:09pm

Remy Tersingkir, Netizen Sindir Altimet Tak Layak Jadi Juri?

Umpama ‘wake up call‘, persembahan minggu kedua Mentor Milenia 2019 malam tadi membuatkan penonton tak senang duduk. Kali ini dua orang protege akan memasuki pusingan ‘battle’ dan juri tetap akan memilih pemenang bagi battle tersebut. Protege yang berada di bottom two akan berentap sekali lagi sebelum juri menyingkirkan seorang protege. 

Ada protege yang begitu gugup sehinggakan mimik muka terpancar dan lontaran suara terganggu di atas pentas. 

Protege kepada Mentor Hazama, Apex Tajudin muncul sebagai peserta terbaik minggu kedua apabila lagu ‘Kejoraku Bersatu’ yang dinyanyikannya mendapat tepukan gemuruh dari penonton-penonton di studio 2! Aksi Apex betul-betul macam ‘rocker’ yang dah lama berada dalam industri! Bersahaja tetapi padu.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

 

Padu suara Apex Tajudin! Teruskan menonton #mentormilenia2019 . Jangan lupa vote protege kegemaran anda! . Strim LIVE HD di tonton.com.my

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Nasib tidak menyebelahi protege kepada Mentor Stacy Anam apabila Remy Manaf menjadi peserta pertama Mentor Milenia 2019 yang tersingkir walaupun telah mencuba sedaya upaya memberikan persembahan yang terbaik, manakala Aedy Kama, protege kepada Black pula terselamat minggu ini apabila menjadi pilihan juri.

Namun, ada pula minggu ni yang tak puas hati dengan komen dari juri tetap, Altimet. Netizen mempertikaikan pemilihan Altimet sebagai juri dengan mengatakan dia tidak layak kerana ‘rapper’ tak pandai beri komen! Black pun macam memberi reaksi seakan tak puas hati dengan komen Altimet!

 
 
 
View this post on Instagram

Alamak nampak macam ada yang geram je dengan komen juri tu ??? #BlackCute #TunjukAjarKuSifu #MentorMilenia2019

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

“Sebagai juri, semua yang best pun kita dengar, yang tak best pun kita dapat dengar. I make the comments based on my observations. Saya dah 20 tahun dalam industri ini, saya tak pernah pertikaikan juri sepanjang saya dalam industri.  Kalau nak cerita, ada je lagu-lagu saya yang patut masuk AJL tapi tak masuk, tapi saya tak bising..lagu saya masuk, pun saya serah pada juri.

“Benda ni tiap-tiap kali ada program dengan juri mesti ada orang pertikaikan… pada siapa yang pertikaikan,yang tak puas hati saya jadi juri, boleh lah tulis surat pada Sistem Televisyen Malaysia Berhad.  Kalau Tuhan kata tak nak saya jadi juri lagi, dah takde rezeki saya jadi juri, saya berserah,” jawab Altimet kepada wartawan Xtra apabila ditanya pendapatnya tentang komen-komen negatif dari netizen. 

Tidak ada peserta ‘favourite’, Altimet percaya protege semuanya berbakat cuma ada yang lebih menyerlah dari yang lain. 

“Ada talent yang blossom lambat.  Ada yang kita nampak kuat sekarang tetapi tak boleh kekalkan momentum sampai ke penghujung. Ada yang dah nak akhir-akhir, baru tonjolkan kemampuan sebenar.  This is a competition. Anything can happen. 

“Kalau kalah hari ni tak mungkin akan kalah selamanya. Tengok sahaja Haqiem Rusli dan Aizat Amdan.  Mereka tak menang, tapi tengok kat mana diorang sekarang!” kata Altimet lagi. 

Baca: Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Kerap Buat Perkongsian, Altimet Mengaku Lebih Mahir Berkomunikasi

Dalam perkembangan lain, Altimet  kini sibuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Bahaya kalau alah pada ubat ni! Boleh mengundang maut!

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Saya Masih Tak Selesa Dipanggil YB”- Altimet ‘Janji’ Kebajikan Masyarakat Akan Terus Diperjuangkan

Apapun kita doakan moga perjuangan dan harapan Altimet tercapai👊👊👊

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

王源《蒙面》飆唱林宥嘉神曲!「三段高音」全场尖叫

中国人气团体TFBOYS由3个平均年龄17岁的少年组成,日前其一成员王源参加《蒙面唱将猜猜猜》,演唱林宥嘉的经典神曲。会参加这个节目,他进而透露了其中的原因,“现在可能我的人气盖过了我的歌声”,因此想戴上面具最直接地用声音来明白他的歌唱实力。

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Kenapa Ifa Raziah Disamakan Dengan Sailormoon?

Betulkah Ifa Raziah buat pembedahan muka? Perubahan bentuk wajah penyanyi dan pelakon ini begitu ketara sejak kebelakangan ini. Wajah yang runcing dan berseri itu mendapat perhatian netizen sehinga ada yang menggelarkan diri beliau sebagai salah satu watak dalam siri anime iaitu, Sailormoon

Featured Thu, 5 Jan 2023