Hiburan By: SGMS Fas April 5, 2018 @ 1:31am

Risteena Enggan Ditaja Lelaki Berduit!

Pelakon Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas atau lebih popular disapa Risteena, 28, mahu berehat daripada bidang lakonan bagi menumpukan perhatiannya sebagai seorang usahawan produk kecantikan dan penjagaan kulit, ‘Cantik Dara”.

Risteena melaburkan kira-kira RM100,000 daripada wang simpanan hasil kerjaya seninya selama  5 tahun.

‘Ini duit titik peluh saya dalam bidang lakonan dan bukan ditaja mana-mana pihak,” jawab Risteena pada persoalan kemungkinan timbul gossip berkaitan wang pelaburannya ditaja mana-mana lelaki mewah.

Risteena ditemui pada majlis pelancaran penjenamaan semula produk kecantikan dan penjagaan kulit berkenaan  sekali gus pengumumannya sebagai Pengarah Urusan Cantik Dara Sdn Bhd di Kuala Lumpur petang semalam.

Pelakon yang dikenali melalui drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ ini  merupakan salah seorang daripada pemegang saham bersama  rakan yang namanya mahu  dirahsiakan.

Menurut Risteena, beliau sanggp melaburkan jumlah wang tersebut setelah mendapati produk yang sudah dua tahun berada di pasaran itu berkesan mengurangkan masalah kulit wajahnya.

“Sudah banyak produk saya  pakai  tetapi tidak berhasil sehinggalah saya mencuba Cantik Dara dan kesannya dapat dilihat dalam tempoh 4 bulan penggunaan. Kerana itu saya sanggup melabur,” ujar Risteena yang  akui enggan menerima sebarang tajaan lelaki yang mempunyai niat lain.

Atas komitmen terbaharunya ini, Risteena yang sudah lama tidak kelihatan di kaca TV mahu mengurangkan kerjaya lakonannya buat sementara waktu sehingga perniagaan yang diceburinya ini maju.

“Buat masa sekarang, penjualan produk adalah secara dalam talian dan saya perlu bekerja keras untuk melihat produk ini diterima ramai sekali gus  menjalankan promosi dan pemasaran,” tambah pelakon filem ‘Qaliq’ ini.

Baginya menjalankan perniagaan amat perlu sebagai persediaan masa depan memandangkan bidang lakonan bukan untuk selamanya.

Sementara itu, berhubung kenyataan Ahmad Idham yang mahu menarik filem ‘Qhaliq’  di pawagam bermula 5 April ini, Risteena  tetap rasa kecewa namun tidak mahu komen lanjut.

“Itu hak penerbitnya, “ komen Risteena yang turut berlakon dalam filem berkenaan.

Penarikan ‘Qhaliq’  dilakukan Idham atas alasaan  tidak mahu bersaing dengan filem kontroversi ‘Dukun’ yang tiba-tiba mendapat slot tayangan pada tarikh sama.                                                                                                                                                                                   

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 May 2023
Anugerah Mon, 9 Jan 2023

AISHM: Dinobat Ikon Sukan Terbaik, Al-Jufferi Anggap Rezeki Anak Bakal Lahir

Tahniah Jufferi! Sememangnya layak digelar Ikon Sukan!

Hiburan Sun, 3 Nov 2019
Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Afgan, Lyodra Bersatu dalam ‘Ada’

Gandingan yang padu😍 Galau habis!!

Events Wed, 5 Feb 2020
Events Wed, 20 Mar 2019
Hiburan Sun, 7 Oct 2018