Hiburan By: Salma Syahbuddin May 2, 2018 @ 3:26am

Ruhainies Kini Jadi Penerbit, Minta Netizen Jangan Pertikai

Mungkin bagi sesetengah orang usia pembabitan Ruhainies dalam dunia hiburan masih baru, tapi itu bukanlah salah satu sebab kenapa beliau tidak mahu mengorak langkah setapak kehadapan untuk menjadi seorang penerbit.

Ruhainies mengakui bahawa, beliau begitu teruja untuk menyahut cabaran baharu, memandangkan beliau juga turut mendapat sokongan daripada pihak produksi, Zeel Production. Dan, bagi Ruhainies disebabkan terlalu teruja untuk menyahut cabaran bergelar seorang penerbit, beliau berasa sedikit keberatan untuk menerima tawaran berlakon buat masa ini kerana bimbang tidak dapat memberikan yang terbaik dalam kedua-dua kerjaya beliau.

“Saya agak gusar kerana tidak yakin mampu menggalas dua peranan serentak. Saya masih baharu dalam dunia hiburan dan dunia penerbitan, malah kedua-duanya mmerlukan komitmen yang tinggi. Tidak sampai hati rasanya mahu menghampakan permintaan pihak produksi, kerana mereka banyak memberikan bantuan dalam menaikkan nama saya.” Katanya

Tambahnya lagi, penggambaran drama tersebut bakal dijalankan di Budapest, Hungary. Namun, penggambaran itu bakal dijalankan selepas Hari Raya nanti.

“Memang dalam perancangan Budapest dipilih sebagai antara lokasi penggambaran. Apabila berpeluang ke sana, saya manfaatkan sebaik mungkin masa dan bajet dengan menerbitkan sebuah telefilem sebagai projek sulung saya.” Jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022

Nabila Razali Sambut Birthday Ke-30, Aedy Ashraf Suapkan Kek

Penyanyi Nabila Razali baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 pada 13 November lalu. @nabila.razaliiHappy Birthday Nabila Aulia 🌷♬ Akad – Payung Teduh Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikogsikan di TikTok, Nabila menyambut hari […]

Featured Fri, 11 Nov 2022
Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Sun, 25 Nov 2018

Elyana Dapat Anak Kedua?

Hatimu Elyana sungguh murni, menjaga Tulus dan mengambilnya walaupun sedar yang dia anak syurga

Featured Fri, 3 Mar 2023

Puteri Sarah Tiada Niat Jadi ‘Batu Api’ – “Saya Cuma Beritahu Cara Hadap Orang Ketiga”

Laaaa, ada pulak yang marah, yang jadi cacing kepanasan❤️‍🔥

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Sun, 17 Apr 2022

Dem Lepak Boyz Lancar Single ‘Abang Datang’

Abang Datang hasil ciptaan komposer disegani iaitu Omar K, Iqie Hugh dan John Jeeves