Selepas beberapa tempoh berteka-teki, akhirnya pelakon Isa Khan umum sudah bertunang pada 23 November lalu.

Tambah Isa, dia melamar Risteena Munim yang juga merupakan seorang pelakon ketika bercuti di kepulauan Bali, Indonesia.

“Saya tidak perlu kenal Risteena bertahun. Walaupun ada yang cuba menghasut, Risteena tetap percayakan saya.

“Benar saya ada sejarah masa lalu tetapi percayalah ia membuatkan kita menjadi lebih dewasa

“Walaupun saya banyak kekurangan dia sentiasa maafkan dan terima saya seadanya. Saya berjanji akan menjaga dan selalu melindungi dia seumur hidupnya. Saya sangat mencintai Risteena,” kata Isa kepada Harian Metro.

Pengumuman itu dibuat Isa dalam majlis khas sempena sambutan hari jadi dan pelancaran produk milik Risteena di Bora Ombak.

 
 
 
View this post on Instagram

Bora Ombak Putrajaya saksi Cinta mereka berdua @nur_risteena @theisakhan #CSThowWeRoll #a7riii #sonymalaysia

A post shared by CST PRODUCTION (@cstproduction) on

Kredit: Instagram CST Production

Dalam pengumuman itu, Isa menjelaskan dia dan Risteena berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit yang bersiaran di RTM.

Maka terjawablah teka teki siapa jejaka yang sering dimuat naik di laman Instagram Risteena sebelum ini.

Mengikut perancangan, Risteena sepatutnya bernikah dengan bekas kekasihnya, Ikhwan Khairuddin yang juga seorang pelakon pada November lalu tetapi senyap begitu sahaja sehinggalah kemunculan lelaki misteri dimuat naik Risteena di laman sosialnya.