Events By: Attiqah Mohd August 19, 2019 @ 6:55pm

Saingan Sengit Finalis ABPHBH 32 Tahun Ini, Korang Mesti Tak Sangka Artis Ini Tercalon!

Bahang kehangatan Anugerah Bintang Popular BH ke 32 (ABPBH 32) semakin dirasai apabila finalis bagi 15 kategori utama serta lima kategori online diumumkan pada majlis sidang media pengumuman Top 5 ABPBH 32 yang diadakan di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur hari ini. 

Penganjuran ABPBH 32 kali ini mendapat tajaan utama daripada produk komestik Alha Alfa bagi dua tahun berturut-turut sejak 2018. Tidak ketinggalan, perkhidmatan pembayaran elektronik, DuitNow, menjadi penaja bersama ABPBH 32. Manakala, Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur menjadi Penaja Lokasi Sidang Media ABPBH 32.

Pencarian Bintang Popular untuk semua kategori yang telah dipertandingkan telah bermula pada 15 Julai 2019 dan berakhir pada 14 Ogos 2019. Manakala undian pusingan kedua akan diadakan bermula 20 Ogos ini sehingga 15 September. Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH www.abpbh.com.my

Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata bersesuaian dengan slogan baru BH ‘Wadah Pembaharuan’ dan usia kematangan ABPBH, pihak BH telah membawa pembaharuan dalam kategori pencalonan bagi menggambarkan senario industri hiburan pada masa kini.

“Untuk bertahan lebih tiga dekad, bukan sedikit cabaran dihadapi kami sebagai penganjur ABPBH untuk memastikan acara anugerah pilihan peminat berprestij ini terus relevan dan mencuri tumpuan ramai,” katanya pada majlis sidang media pengumuman Top 5 ABPBH 32 di sini, petang ini. 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Television Networks, Shamsul Azree Samshir, Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32; Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Dato’ Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Dato’ Alha dan wakil daripada DuitNow ialah Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Payments Network Malaysia (Pay Net).

Dengan tema ‘Melangkaui Sempadan’ ABPBH pada kali ini turut mempertandingkan kategori Penyanyi Lelaki Popular DuitNow; Penyanyi Wanita Popular DuitNow; Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular; Artis Komedi Popular; Artis Versatil Popular; Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular. 

Antara senarai kategori yang dipertandingkan dalam ABPBH 32 :

13 kategori utama dipertandingkan

  1. Artis Baharu Lelaki Popular 
  2. Artis Baharu Wanita Popular
  3. Pelakon Filem Lelaki Popular
  4. Pelakon Filem Wanita Popular
  5. Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa
  6. Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa 
  7. Penyanyi Lelaki Popular DuitNow
  8. Penyanyi Wanita Popular DuitNow
  9. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
  10. Artis Komedi Popular
  11. Artis Versatil Popular
  12. Pengacara TV Popular
  13. Penyampai Radio Popular

Dua (2) Kategori Baru Diperkenalkan:

  • Artis Korea Popular
  • Artis Indonesia Popular

Satu pemenang keseluruhan- Bintang Paling Popular

  • Anugerah Khas:
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat- untuk menghargai jasa dan sumbangan insan seni dalam pembangunan industri seni tempatan.

Kategori ‘Online’:

  • Lima (5) kategori dipertandingkan
  • Artis Sensasi Popular
  • Gandingan Serasi Drama Popular
  • Gandingan Serasi Filem Popular
  • Watak Antagonis Popular
  • Lagu Paling Boom 

Jangan lupa layari www.abpbh.com.my untuk info lebih lanjut. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

Contest Mon, 26 Aug 2019

xtra好康头 | 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票

xtra好康头 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票,让他用微笑征服你的心,见识不一样的林子祥。

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Anak Cristiano Ronaldo Tayang Badan Berotot

Anak Cristiano Ronaldo Berusia 7 Tahun Tayang Badan Berotot

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Auww…Sweet Sungguh Ucapan Hari Jadi Suami Untuk Ayu Raudhah

Makin lama makin cantik, Happy Birthday Ayu!