Hiburan By: Del14 January 29, 2020 @ 11:45am

Sajat Dah ‘Move On’, Teman Lelaki Baru Dari Beirut?

Bekas kekasih kepada Nur Sajat yang dikenali sebagai Coach Yin meluahkan rasa sedih di laman Instagramnya kerana mendakwa telah ditipu oleh usahawan kosmetik itu menerusi satu entri di IG di mana dia memuat naik foto Sajat dengan teman lelaki barunya. 

“Tuhan nak tunjuk sekejap je. Patutlah kat Paris 6 hari 6 malam dia diam. Bila hantar whatsapp, dia baca je. 

“Rupa-rupanya permainan dia…selama ni hidupku ditipu. Takpelah, bila ditanya katanya tak kenal siapa-siapa.  Tuhan nak tunjuk sekejap saja. Takpelah.

“Biar dia gembira dengan hidup dia, doakan yang baik-baik sahaja. 

“Biasalah, mula-mula bercinta bau kentut pun kata bau macam minyak wangi Chanel. 

“Apa yang kamu beri, kamu akan terima kembali. Sekarang saya pun ada hidup sendiri. Walaupun solo, saya bahagia dengan hidup saya sekarang,” tulis Coach Yin sebagai kapsyen. 

Menjengah ke akaun Instagram milik Sajat, dia juga ada memuat naik foto bersama lelaki tersebut yang berasal dari Beirut, Lebanon dan merupakan seorang model yang dikenali sebagai Jad Issa. 

“Terima kasih kerana kamu sentiasa membuatku tersenyum @jadooss,” tulisnya sebagai kapsyen. 

 

Terdahulu, kecoh apabila Sajat dan Coach Yin masing-masing membuka pekung di dada di akaun laman sosial Instagram masing-masing apabila Sajat mendakwa yang dia telah dipukul bekas teman lelakinya. 

Walau bagaimanapun, Sajat yang sedang dalam persiapan untuk membuka cawangan kedua kedai emas NurSajat Gold di Johor Bahru tidak mahu membuat laporan polis. 

Baca: Lupakan Coach Yin, Sajat Fokus Bisnes Barang Kemas

Cepat betul Sajat dah ‘move on’ ya?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

Alan Walker Believes Malaysia is Making a Great Impact on the Environment

He hopes that we will continue to contribute towards the environment!

Events Fri, 1 Nov 2019